Sihat

Anak Sering Berpeluh Ketika Tidur? Ini Mungkin Sebabnya.. Ibu Bapa Wajib Tahu!

1.1K
SHARES

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BERPELUH KETIKA TIDUR?

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda mesti akan rasa terganggu bila anak mengadu mereka tidak mendapat tidur yang secukupnya bukan? Bukan itu sahaja, anda juga pasti tidak akan mendapat tidur yang cukup dan mula letih untuk ke tempat kerja. Tahukah anda, anak-anak khususnya yang masih belum dewasa, mendapat tidur pang dipanggil ‘deep sleep’ lebih banyak dari orang dewasa? Ini bermakna, tidur anak-anak adalah sangat penting untuk pembesaran yang sihat.

Tetapi, adakah anda sedar jika anak-anak mengalami ‘excessive sweat’ atau berpeluh ketika tidur? Jika berdasarkan keadaan cuaca di Malaysia sekarang, itu mungkin perkara biasa. Tetapi, kalau anak-anak masih berpeluh walaupun tidur dalam keadaan dingin pun masih berpeluh, maka anda perlu dapatkan rawatan dan tahu sebabnya. Antara anggota badan yang selalu akan berpeluh adalah tapak tangan, kaki, muka, ketiak dan kepala.

www.reference.com

www.reference.com

Berpeluh ketika tidur ini bukan sahaja menganggu tempoh tidur anak-anak, malah ia juga akan menyebabkan masalah kulit. Kegatalan dan ruam adalah situasi yang akan berlaku jika anak-anak kerap berpeluh ketika tidur. Anda pun pening kepala pula nak menyelesaikan masalah ini. Bayangkan sahaja situasi di mana anak tidak cukup tidur dan mengadu sakit dan gatal pada masa yang sama, susah kan? Oleh itu, anda perlu tahu simptom dan cara untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku dengan membaca informasi ini :

KENAPA ANAK BERPELUH PADA WAKTU MALAM

1. Stress
2. Sleep apnea
3. Masalah pernafasan
4. Makan makanan pedas sebelum tidur
5. Masalah berat badan
6. Mengalami mimpi ngeri
7. Kesan sampingan jika anak-anak ada mengambil ubat
8. Baju tidur yang tebal

www.sgmoneymatters.com

www.sgmoneymatters.com

SIMPTOM JIKA ANAK SELALU BERPELUH PADA WAKTU MALAM

1. Tercungap-cungap ketika tidur
2. Tidur dengan mulut terbuka
3. Nafas kuat
4. Mudah letih pada siang hari

http://www.kidshealthnaturally.com.au/

http://www.kidshealthnaturally.com.au/

TIPS ELAK ANAK ASYIK BERPELUH PADA WAKTU MALAM

1. Pastikan anda tetapkan susu yang sesuai dalam bilik anak-anak, tidak kira sama ada menggunakan penghawa dingin atau kipas, supaya tidur anak lebih selesa.
2. Elakkan anak makan makanan yang pedas sebelum tidur. Jika anak berkeras untuk makan, pastikan ada jurang antara makan malam dengan waktu tidur supaya suhu badan anak tidak naik ketika tidur.
3. Galakkan anak untuk merehatkan badan dengan berjalan-jalan sekitar rumah atau istilah lain ‘menyejukkan badan’ terlebih dahulu sebelum tidur.

http://2breathe.com/

http://2breathe.com/

4. Nasihat anak supaya kurang menggunakan selimut atau cadar katil yang tebal ketika tidur, melainkan situasi yang memerlukan.
5. Tanya anak jika ada perkara yang menganggu mereka ketika tidur yang menjurus kepada situasi asyik berpeluh ketika tidur. Hal ini kerana, stress yang tinggi juga adalah penyebab kepada kekerapan berpeluh semasa tidur.
6. Berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan sekiranya keadaan makin teruk. Minta juga nasihat jika ada antara ubat-ubatan yang diambil oleh anak-anak menyebabkan mereka berpeluh ketika tidur.

http://babyology.com.au/

http://babyology.com.au/

7. Jangan pakai baju tidur yang tebal. Pilih pakaian atau material kain yang mudah untuk kulit bernafas.
8. Pastikan ada peredaran udara yang baik dalam bilik. Kalau boleh, biarkan tingkap bilik terbuka sedikit sebelum tidur dan membiarkannya supaya angin segar mengisi ruang bilik. Anda boleh tutup semula tingkap apabila sudah tiba masanya untuk tidur.

Pastikan anak anda mempunyai tahap kesihatan yang baik dan mendapat tidur yang berkualiti ya! Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×