Nur

Terkena Percikan Air Kencing Tak Cuci Habis Sebelum Wuduk Boleh Jadi Punca Seksa Kubur

33
SHARES
ambil wuduk

Bagi mendapatkan solat yang sah di sisi Allah SWT, anda perlu bermula dengan cara ambil wuduk yang sah dahulu. Terutama sekali apabila baru selepas membuang air kecil atau kencing, ramai yang terlepas pandang bahawa seluar mereka berpotensi untuk terkena percikan air kencing tersebut.

Jadi, ini boleh menjadi salah satu punca seksaan kubur kerana pakaian yang digunakan semasa ambil wuduk dan solat tidak suci dari najis!

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

AMBIL WUDUK SELEPAS KENCING, PAKAIAN TERKENA PERCIKAN SAH KE?

ambil wuduk

Foto: The Spruce

Menurut perkongsian kenyataan dari Facebook Sollallahu Ala Muhammad, jika percikan air kencing terkena pakaian, cuci najis tersebut dengan cara yang betul menggunakan air mutlak. Hal ini kerana, tanpa kita sedari kekhilafan ini boleh menjadi punca seksaan kubur kelak.

Contohnya apabila anda berhenti solat di RnR, sebelum berwuduk anda pergi ke tandas untuk kencing dahulu tapi terkena percikan air kencing pada seluar dalam. Apa yang perlu dilakukan adalah, cuci bahagian percikan air kencing pada seluar dalam itu dengan air paip yang mengalir dann perah. Bila dah cuci, boleh dipakai semula seluar dalam itu untuk solat tapi sudah pasti anda tidak selesa kerana basah. Oleh itu, lebih baik bawa seluar dalam ‘spare’ atau bawa kain pelekat bersih untuk solat.

Pihak Mufti Wilayah Persekutuan juga menjawab persoalan dari orang ramai ini dengan mengatakan asalnya, kencing manusia, atau haiwan, adalah najis berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

وَهَرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلاً مِنْ مَاءٍ

Maksudnya: “Tuangkanlah atas air kencingnya (Arab Badwi yang kencing di masjid) dengan setimba air”- Riwayat al-Bukhari (220)

KALAU TAK DAPAT KESAN DENGAN MATA…

Justeru, sekiranya air kencing kena pada pakaian, badan dan tempat solat, maka tidak sah solat kerana suci daripada najis adalah syarat sah solat. Namun, sah solatnya jika percikan itu sedikit, sukar dipelihara dan tidak dapat dikesan oleh mata.

Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang al-Fiqh al-Manhaji :

“Islam agama yang bersih, untuk itu wajib menghilangkan najis walau di mana keberadaannya. Memelihara diri daripada najis, dan menjadi bersih dari najis adalah syarat sah solat sama ada pada pakaian ataupun badan ataupun tempat solat. Sesungguhnya agama meraikan kemudahan dan menghilangkan kesusahan. Maka dimaafkan sebahagian najis disebabkan kesusahan untuk menghilangkannya atau kesusahan untuk menjaga daripada terkena najis tersebut, agar menjadi kemudahan kepada manusia, dan mengangkat kesusahan daripada manusia. Contohnya, percikan air kencing yang sedikit yang tidak dapat dikesan dengan penglihatan mata yang sederhana jika terkena pakaian ataupun badan, sama ada najis mughallazah ataupun najis mukhaffafah ataupun najis mutawassitah.” (Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Syafi’i: 1/43)

Kesimpulannya, Islam sememangnya memerintahkan agar setiap umatnya berada dalam keadaan suci pada tubuh badan dan pakaiannya sebelum mendirikan solat. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna seseorang itu perlu memeriksa atau memelihara dirinya daripada najis sehingga menyusahkan pelaksanaan sesuatu ibadah. Oleh itu, dalam keadaan sesuatu yang di luar kawalan atau kemampuan dirinya, maka ia diberikan kemaafan oleh syara’.

ambil wuduk

Foto: Kashoorga

*Jangan kencing merata-rata ya!

Baca juga: Siapa Ummu Hani’ Yang Dikatakan Cinta Pertama Rasulullah SAW? Mufti Tolong Ceritakan…

Sumber: Sollallahu Alaa Muhammad, Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×