makanan

Amalkan Pengambilan Snek Sihat Untuk Elak Bahaya Obesiti & Gangguan Tumbesaran Anak-Anak

329
SHARES

Seperti  yang anda sedia maklum, kanak-kanak yang sedang membesar sering berasa lapar. Hal ini kerana, mereka menggunakan tenaga yang banyak untuk menjalani aktiviti harian mereka.

Oleh itu, kebanyakan ibu bapa mengambil langkah memberikan snek untuk mengurangkan rasa lapar anak mereka sementara menanti waktu makan berikutnya.

Elakkan Pembelian Keropok & Jajan Ringan.

Namun begitu, tahukah anda pengambilan snek harus dipantau dengan teliti kerana pemberian snek yang tinggi kandungan gula, lemak, sodium dan ada pewarna serta pengawet dalam tempoh yang panjang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh anak anda?

Tak dinafikan apabila kita ke pasar raya, anak-anak pasti merengek nak beli jajan seperti keropok dan gula-gula yang mengandungi perasa dan pewarna tambahan. Dah menjadi tanggungjawab kita mendidik dan membantu anak-anak pilih makanan atau snek yang baik untuk mereka.

Kalau boleh, didik anak sejak kecil untuk mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, misalnya dengan mengamalkan pengambilan snek sihat dan elakkan pembelian keropok dan jajan ringan kerana makanan ini tidak mengandungi sebarang zat dan khasiat untuk tubuh mereka. Hal ini cukup membimbangkan kerana ianya boleh mengakibatkan masalah obesiti jika diambil tanpa kawalan.

Kandungan pewarna dan perasa artifisial dan gula yang tinggi dalam makanan ringan boleh menjejaskan kelakuan dan fokus kanak-kanak (1)

Snek Oatmeal, Snek Sihat Untuk Semua!

Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu”snacking time” merupakan peluang yang baik untuk anda selit dan bekalkan beberapa nutrien penting ke dalam makanan harian anak anda.  Pada masa inilah sebaiknya anda memberikan mereka makanan tambahan yang kaya dengan kandungan serat dan bijirin penuh.

Bagi anda yang masih blur dan tak tahu jenis snek yang sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak, anda boleh cuba berikan mereka biskut oatmeal.

Biskut oatmeal adalah antara snek yang berkhasiat selain, mengandungi serat larut yang tinggi dan boleh meningkatkan bilangan bakteria berfaedah dalam sistem penghadaman anak anda. (2)

Kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat yang baik untuk kesihatan jantung, oatmeal sangat efektif membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan dalam masa yang sama membekalkan tenaga kepada tubuh badan kanak-kanak.

Biskut Oatmeal, Myziff Bakers Sedap + Baik Untuk Kanak-Kanak!

Buat anda yang tercari-cari snek sihat untuk anak-anak anda, Myziff Bakers ada keluarkan 3 variasi biskut oatmeal yang sesuai untuk dijadi snek ringan untuk anak-anak anda iaitu perisa Fruity Oatmeal Cookies, Almond Oatmeal Cookies dan Chocolate Oatmeal Cookies.

Haa..kalau anda terliur tengok anak anda makan biskut oatmeal MyZiff Bakers tapi anda tengah on diet, jangan bimbang… Setakat makan satu dua keping no problem sebab biskut oatmeal keluaran MyZiff Bakers ni rendah kandungan gula dan tak menggunakan sebarang telur. Jadi, selamat diambil walau tengah diet.

Dijamin halal dan 100% produk bumiputera, anda boleh layari  Instagram dan Facebook Myziff Bakers untuk maklumat lanjut. Kalau berminat nak dapatkan produk mereka nanti korang dm je mereka. Link Facebook & instagram ada dibawah.

Jom dapatkan biskut oatmeal keluaran MyZiff Bakers terus secara dalam talian di Shopee.

Instagram: MyZiff Bakers

Facebook: MyZiff Bakers.

Rujukan:

  • 1 https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/malnutrasi/kaitan-makanan-ringan-dan-kelakuan-buruk-anak-anda/
  • 2 https://www.healthline.com/nutrition/healthy-snacks-for-kids#TOC_TITLE_HDR_9

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×