Famili

Amalkan 7 ‘Superfood’ Ini Untuk Meningkatkan Immuniti Badan Anak. Kena Cuba !

281
SHARES

Sebagai ibu, anda selalu risau tentang pemakanan anak-anak sama ada makanan yang diambil oleh mereka sihat atau tidak. Bagi yang sudah bersekolah, anak-anak lebih cenderung untuk makan di kantin sekolah dari membawa bekal makanan yang dimasak di rumah.

Ya, bukan semua ibu tidak bekerja dan sempat untuk membuat bekal makanan anak dan tidak semua kantin sekolah bermasalah. Tetapi tidak mengapa. Anda boleh cuba amalkan tujuh ‘superfood’ ini dalam pemakanan anak tidak kira waktu dan dimana sahaja anda berada! Nak tahu? Jom kita baca!

1. Telur

http://www.food.com/

http://www.food.com/

Seperti yang kita tahu, telur adalah salah satu makanan yang sangat ‘versatile’. Bukan sahaja ‘versatile’ tetapi telur juga mempunyai kadar nutrisi yang tinggi! Bila kita masukkan telur dalam pemakanan seharian anak-anak, mereka selalu menolak untuk makan telur kuning bukan? Tahukah anda, telur kuning mempunyai kandungan khasiat paling bagus untuk kekuatan immuniti anak-anak? Jadi, ajar anak untuk makan telur dengan cara yang betul dan selalu pelbagaikan menu untuk menarik minat anak -anak .

2. Salmon

http://mrfish.vn/

http://mrfish.vn/

Ikan merupakan salah satu makanan yang perlu ada dalam diet seharian anak-anak. Antara ikan yang paling kaya dengan Omega-3, ialah ikan salmon. Mungkin harga ikan salmon agak mahal berbanding ikan lain, tetapi ternyata ikan salmon adalah sangat bagus untuk membantu perkembangan otak anak-anak. Ikut kemampuan anda juga, tidak semestinya ikan slamon perlu diambil setiap hari. Jadikan rutin makan ikan salmon hanya seminggu sekali sahaja untuk pembekalan Omega-3 yang konsisten.

3. Kekacang

http://www.gazetashekulli.org/

http://www.gazetashekulli.org/

Kekacang seperti walnut, pistachios dan badam adalah antara jenis kacang yang boleh dijadikan contoh untuk dimasukkan dalam diet seharian anak-anak. Bukan sahaja sebagai makanan yang mampu untuk meningkatkan immuniti badan anak, tetapi juga mampu untuk menguatkan pembinaan tulang mereka. Anda boleh jadikan kekacang sebagai snek di waktu petang atau ketika mereka mengulangkaji pelajaran supaya khasiat yang berterusan.

4. Buah beri

http://inspiyr.com/

http://inspiyr.com/

Jarang untuk ibu bapa memasukkan buah beri seperti strawberi dan blackberi dalam pemakanan anak-anak. Bukan sahaja agak sukar untuk didapati, tetapi harganya di pasaran juga agak tinggi. Namun, buah-buahan beri ini sangat kaya dengan nutrisi yang tinggi seperti dapat membantu mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Anda boleh sekali-sekala cuba memberikan buah beri kepada anak-anak supaya mereka lebih tahu mengenai jenis buah yang dapat menyihatkan tubuh badan mereka sendiri.

5. Buah-buahan pelbagai warna

http://www.babycentre.co.uk/

http://www.babycentre.co.uk/

Alternatif selain menggunakan buah beri, sudah tentu buah-buahan yang mudah didapati mempunyai khasiat tersendiri. Jangan terlalu hadkan anak dengan hanya mengambil buah seperti oren dan epal sahaja. Sebaliknya, pelbagaikan jenis buah-buahan seperti, betik, pisang, anggur, dan mangga. Variasi dalam warna sebenanrnya dapat membantu menarik minat anak untuk lebih makan dan juga semestinya dapat membekalkan nutrisi untuk immuniti badan yang kuat!

6. Yougurt

http://kingofwallpapers.com/

http://kingofwallpapers.com/

Yougurt sudah semestinya akan menjadi pilihan kerana rasanya yang sedap. Anda boleh cuba pelbagaikan rasa yougurt untuk diberikan kepada anak-anak supaya mereka lebih tertarik. Yougurt sangat kaya dengan probiotic, iaitu bakteria baik yang dapat menyihatkan sistem usus mereka. Jadi, bukan sahaja dapat meningkatkan immuniti badan tetapi, anak-anak juga mudah untuk ke tandas kerana sistem penghadaman yang sihat.

7. Sayur-sayuran pelbagai warna

http://www.livestrong.com/

http://www.livestrong.com/

Antara yang paling tidak digemari oleh anak-anak adalah sayur. Bukannya apa, anak-anak lebih cenderung untuk tidak makana sayur kerana warna sayur yang hijau. Ini bermaksud, anda perlu juga pelbagaikan warna sayur dengan tidak hanya menghadkan pengambilan sayur berdaun hijau sahaja. Lobak merah, lada benggala berwarna dan ubi kentang juga adalah antara sayur yang boleh dimasukkan dalam makanan anak. Jadi, anak-anak tidaklah selalu bosan tak mengelak untuk makan sayur.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×