Advertorial

Amalkan 5 Tips Sahur Ini Supaya Anda Kekal Fokus & Bertenaga Sehingga Waktu Berbuka

652
SHARES

Bila berpuasa ni, baru tengahari dah mula lemau, lembik dan lesu. Jalan pun dah seret kaki. Nak kata tak sahur, masa sahur tu siap bertambah nasi lagi. Tapi kenapa tak bertenaga sangat ni?

Bila tak bertenaga, fokus pun mulalah lari. Nak buat kerja pun jadi malas dan tertangguh. Haihh..kan tak bagus tu.

Haa, nak admin share tips ringkas ketika sahur yang boleh membantu anda kekal fokus sepanjang berpuasa? Teruskan membaca…

Keenakan buah kurma dari timur tengah…

Image result for jus kurma gif

Mesti anda familiar dengan iklan kurma ni kan? Hahaha, tapi bukan tu yang admin nak cerita. Tahu tak, buah kurma ni elok diambil semasa sahur tau! Kurma ni bukan saja tinggi dengan kalsium dan mineral, tapi juga dapat meningkatkan tenaga. Tak hairanlah kurma ni digelar sebagai superfood!

Cuba anda amalkan jus kurma susu ni. Cuma rendamkan kurma semalaman, campurkan susu dan blend sampai jadi jus. Serius sedap dan akan dapat mengatasi rasa letih untuk kekal fokus sepanjang hari! Minum masa sahur dengan berbuka je tau. Jangan minum masa azan Asar pulak!

Elakkan makanan berminyak

Image result for makanan berminyak

Selalunya, makanan untuk sahur adalah lebihan makanan berbuka puasa yang tak habis semalam. Yelah, kadang-kadang bila dah terlajak bangun lambat tu, makan apa yang ada sajalah.

Tapi seelok-eloknya, anda kena elakkan makanan yang terlalu berminyak tau, sebab ia akan buat korang cepat terasa dahaga. Dahlah cuaca panas sekarang, ada pulak yang terbuka puasa masa azan Zohor. LOL!

Jangan tidur lepas Subuh!

Lepas je sahur terus terjun tiruk atas katil dan sambung membuta. Lepas tu mengadu lemau bila berpuasa. Yelah, makanan tak sempat lagi nak proses jadi tenaga, awak dah tidur Senah oi.. Macam manalah nak ada tenaga sepanjang berpuasa!

Kan bagus kalau lepas Sahur tu anda terus exercise ke, kemas rumah atau pun mengaji. Barulah sempat produce tenaga dan bermanfaat sikit!

Elak makan mi segera ketika sahur

Bangun sahur awal dah elok dah, tapi anda pula makan makanan yang tak berkhasiat seperti mi segera dan makanan proses. Kan tak berkhasiat tu. Lepas tu, mulalah baru tengah hari, dah berguling-guling lapar macam budak 5 tahun.

Sepatutnya, bila dah bangun awal dan ada banyak masa nak sediakan sahur tu, pastikan makanan tu semua berkhasiat dan lengkap dengan nutrisi. Kalau ada lebihan lauk semalam pun tak apa, tapi anda tambahlah sikit sayur-sayuran sihat. Barulah berbaloi bangun awal. Pahala sahur pun dapat, khasiat pun dapat.

Cuba bangun sahur awal!

Masa kecik memang jarang sangat tak bangun sahur. Yelah, mak abah kita mesti akan kejut sampai bangun. Kalau tak nanti, mulalah tak larat nak pergi sekolah lepastu buat alasan nak bukak puasa awal. Haa..bila dah duduk jauh dari mak abah pulak, cukup liat nak bangun sahur.

Apa kata, anda paksa diri untuk bangun sahur awal. Yelah, bila dah bangun awal tu, barulah ada banyak masa nak prepare sahur. Tak adalah sahur minum air je. Barulah tak lesu dan boleh kekal fokus buat kerja bila perut tak berbunyi.

Fahamlah, bila tak biasa bangun awal, badan kita pun macam tak bersedia, lepas tu kita pun macam moody je sebab tidur yang lena diulit mimpi semalam kena kacau! Sebab tulah, anda kena latih diri untuk bangun awal secara konsisten supaya lama-lama, badan dah terbiasa. Tak payah pakai alarm dah!

Sahur lebih lengkap dan bertenaga dengan Berocca!

Tahu tak, selain bersahur, anda juga boleh dapatkan tenaga tambahan dengan Berocca! Bila berpuasa, tak bermakna kita perlu menghadkan segala aktiviti harian kita. Bekerja, mesyuarat, bersukan, semuanya masih boleh diteruskan dengan bantuan Berocca! 

Berocca datang dalam dua perisa iaitu oren dan mangga. Yang paling penting, Berocca juga mampu meningkatkan stamina fizikal dan membantu mengurangkan keletihan serta menambah mood anda sepanjang hari!

Jom jadikan Berocca sebagai sahabat sahur anda!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×