Nur

“Ala Gula-Gula Je Pun…”-PU Amin Jelaskan Hukum, Trend Berniaga ‘Live’ Cedok-Cedok Di Tiktok

8
SHARES
trend berniaga di Tiktok

Bermacam-macam jenis trend berniaga di Tiktok sekarang ini yang berlaku, termasuklah aktiviti peniaga menjual barangan secara ‘cedok-cedok’. Berpandukan harga yang telah ditetapkan, peniaga menggunakan sudu, senduk atau bakul kecil untuk menjual kerongsang, coklat, kosmetik dan pelbagai barangan lain.

Siapa saja yang tidak tertarik, betul tak? Namun dari segi hukumnya bagaimana pula? Jom baca penjelasan PU Amin di bawah.

Baca juga: “Berdosa Ke Isteri Hilang Rasa Cinta Tapi Masih Taat & Setia Pada Suami?”

TREND BERNIAGA DI TIKTOK ‘CEDOK-CEDOK’, PU AMIN JELASKAN HUKUM!

trend berniaga di Tiktok

Menurut PU Amin, urusan berjual beli tidak salah untuk dilakukan namun perlu dijaga juga hukum halal dan haram ketika berniaga.

NAK BERNIAGA JAUHKAN DARI UNSUR-UNSUR GHARAR

Katanya, amalan cedok mencedok dekat dengan mulamasah yang sangat dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Jika hendak berniaga, kita hendaklah menjauhkan daripada unsur-unsur gharar.

trend berniaga di Tiktok

Apa yang dapat dilihat dalam cedok ‘live’ yang menjadi trend sekarang ini ada unsur gharar fahisy yang sangat ditegah dalam agama.

“Kita berniaga biar berkat. Kita berniaga biar sedikit tapi ada unsur-unsur yang halal dan unsur yang Allah SWT redha.

“Ala gula-gula je pun, ingat yang kecik-kecik itu akan dihisab dan dihitung oleh Allah SWT,” ulasnya di dalam video di laman Tiktoknya.

JUAL BELI INI TIDAK LAYAK DENGAN DUA SEBAB:

trend berniaga di Tiktok

Beliau berkata lagi,

“Saya dah merujuk dengan ramai pakar-pakar muamalat, mereka mengatakan ia ada unsur gharar fahisy,

“kerana ada unsur ketidakpastian, ada unsur yang dicipta-dicipta dan ada unsur penganiayaan.”

NASIHAT INI BUKAN NAK TUTUP PERIUK NASI PENIAGA TAPI…

Tambahnya, nasihat ini bukan untuk menutup periuk nasi para peniaga tetapi berniagalah dalam keadaan yang baik.

“Jadi kena jaga diri kita, bukan nak kacau periuk nasi anda. Teruskan berniaga tapi berniagalah dalam keadaan yang baik,” katanya.

Semoga Allah SWT redha.

@ustazamirulaminInshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.♬ Emotional Islamic Music (2021) – Arslan Chaudhry

“MEREKA PERSENDAKAN TEGURAN & PERTIKAIKAN HUKUM ALLAH MACAM TU JE…”

Meninjau di ruangan komen pula, pelbagai reaksi yang diterima dalam kalangan netizen. Terdapat netizen yang bersyukur dan berterima kasih atas teguran yang diberikan, di mana kemungkinan terdapat segelintir peniaga yang kurang ilmu berkaitan hukum.

Malah, ada juga beberapa netizen yang mendapat kecaman daripada peniaga setelah mereka menegur amalan cedok-mencedok itu salah ketika proses jualan diadakan secara langsung di laman sosial Tiktok.

Hendak membetulkan perkara yang salah bukan mudah, betul tak? Jadi, semoga kita semua kuat dan kekal tabah untuk menyebarkan ilmu kebaikan.

Sumber: Tiktok Ustaz Amirul Amin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×