Nur

Mahalnya ‘Harga Neraka’, Peniaga Guna ‘Marketing Maksiat’ (MARSIAT) Demi Kaut Untung

6
SHARES

Demi mengejar keuntungan dalam membina empayar perniagaan, tanpa sedar diri telah melangkah dalam kancah dosa. Pelbagai strategi pemasaran digunakan untuk meraih perhatian pembeli termasuklah menggunakan cara ‘Marketing Maksiat (MARSIAT)’.

Sebagai seorang Muslim, sudah terang lagi bersuluh ianya salah di sisi agama Islam. Melalui perkongsian Ustazah Asmak Husin, peniaga kini semakin berani menggunakan strategi MARSIAT.

Justeru itu, beliau menasihatkan agar para peniaga menggunakan strategi ‘Marketing Dakwah (MARWAH)’ dalam berniaga. Untung dunia dapat, akhirat lagi berganda.

Baca juga: Tips ‘Packing’ Beg Pergi Tanah Suci Buat Muslimah, Balik Beg Tak Bertambah

HINDARI ‘MARSIAT’, DEKATI ‘MARWAH’ DALAM PERNIAGAAN

MAHALNYA HARGA NERAKA: “MARSIAT” ( MARKETING MAKSIAT)

Tegur salah tapi kalau tak tegur semakin menjadi-menjadi. Nampaknya dari sehari ke sehari semakin kreatif orang buat buat marketing supaya cepat tular dan dikenali.

Tapi yang paling sedih bila teknik “marsiat” (maketing + mujaharah bil maksiat) menjadi pilihan. Seronok agaknya apabila menampilkan aksi tidak senonoh yang mengundang kecaman dan perhatian kerana keberanian menampilkan aksi “luar biasa” dan memang lumrahnya bukan budaya masyarakat Islam.

“Takpe ustazah, dia banyak buat kebaikan, banyak derma, baik dengan ramai org baik dan asatizah dan bla bla..”

Saya tak kisah kebaikannya tapi apa yang kita kisah adalah apabila aksi tersebut ditonton ahli keluarga khususnya kanak-kanak dan remaja.

Bukan main aktivis seperti akhie fairuz dan lain-lain berjuang memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mencegah salah laku seksual dan zina khususnya kepada anak-anak. Tapi mereka ini semakin menjadi-menjadi melakukan MARSIAT secara terbuka.

RASULULLAH SAW BERSABDA…

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’. Sedangkan dia tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan daripada dirinya.” (Riwayat al-Bukhari – 6069)

GUNALAH CARA MARKETING + DAKWAH: MARWAH DALAM PERNIAGAAN

Gambar hiasan: Iluminasi.

Matlamat tidak menghalalkan cara sudah jelas. Sekali aksi kita ditayangkan kepada umum, ia kekal selama-lamanya dan sukar ditarik balik.

Dan untuk membuat MARSIAT harganya bukan murah tapi apa gunanya kerana ibarat menyediakan MLM dosa yang tidak berkesudahan.

Saya sarankan kepada para peniaga gunalah kreativiti, wang, usaha + JIHAD untuk melakukan MARKETING + DAKWAH: MARWAH. Untung dunia dapat, akhirat lagi berganda. Berniaga dapat, berdakwah pun tapau sekali.

Hidup kita ini singkat atas dunia ni. Di akhirat umur kita lagi panjang, sebab itu kita buat SMART PAHALA sebanyak mungkin. Buat kerja biar 2 in 1 tak apa. Kalau dapat banyak sekaligus in 1 lagi bagus.

“SEMOGA DAPAT MENGHASILKAN MARWAH SUPAYA MARSIAT TENGGELAM” – BUAT PENIAGA

Kita kalau tak berapa baik pun tapi jangan menjadi penyebab kepada orang lain buat tak baik. Saya pun tak baik juga tapi kita diajar supaya banyakkan berdoa supaya Allah tutup aib kita dan keluarga kita.

Sebabnya aib terbuka ini bukan sahaja menjatuhkan kita tetapi mendorong ikutan orang lain. Tak terlarat rasanya nak tanggung dosa MLM ni.

Mari kita sama-sama berdoa supaya lebih ramai peniaga dikurniakan hikmah dan menghasilkan MARWAH supaya MARSIAT tenggelam. Ini juga jihad penting demi pembangunan generasi dan ummah.

Sumber: Facebook Ustazah Asmak Husin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×