Didik

Stokin Lama Jangan Buang, Boleh Buat Teknik ‘Pencil Tracing’ Latih Anak Pandai Menulis

9.2K
SHARES

Bila anak sudah meningkat dewasa, bukan sahaja penting untuk ibu bapa melatih anak untuk cekap mengenal huruf dan membaca malah penting juga untuk ajar mereka pandai menulis. Ada dalam kalangan anak-anak yang sudah berumur 4 tahun dan keatas masih tidak tahu dan mahir untuk memegang pensil. Memang parah ni!

Jadi, salah satu teknik yang ibu bapa boleh guna adalah ‘Pencil Tracing Technique’ dengan menggunakan stokin supaya jari anak terlatih dengan memegang pensel. Boleh cuba!

ANAK TAK BIASA PEGANG ALAT TULIS, GUNA TEKNIK ‘PENCIL TRACING’

Kami sekeluarga memang sudah gazettekan Omar ni anak bongsu. Hehehe. Jadinya bila begitu, secara automatiknya, kami memang berlambat-lambat dengan perkembangan Omar. Terlalu enjoy zaman toddler dia. Antara kesannya ialah, diantara adik-beradik, Omar yang paling lambat potty train, paling lambat pandai pakai baju dan seluar sendiri (ni pakai baju sendiri pun belum lepas lagi, seluor je boleh), paling lambat tidur asing dan masih belum boleh suap makanan sendiri (kecuali finger food). Oh ya, masih hisap susu dalam botol..haiyaaaa

Apa-apa sahaja perkara yang disuruh, kalau tiada kena mengena dengan bermain, Omar suka beri jawapan;

“Omar tak retilah.”

“Omar penat.”

“Omar mengantuk”, walau hakikatnya tak pun.

Dan dalam kebanyakkan kes, kami semua akan mengalah dan mengikut kehendaknya. Adehai… Sampailah dah masuk tadika ni. Omar memang sangat asing dengan alat tulis atau alat mewarna. Abang-abangnya dulu adalah juga suka mewarna sebelum tadika. Omar? Pegang pensel pun tak pernah oiii! Hujung minggu ni tengok dalam beg sekolah, ada 2 lembaran kerja “pencil tracing” yang perlu disiapkan.

“Jom, Omar kita buat kerja ni nak?”

“Omar penat.” Ok dah agak dah jawapan ni.

“Jomlah..kejap je. Meh. Mak tolong.”

Dia pun melangkahlah ke meja jepun tempat kami buat kerja.

“Omar tak reti..” Yup, memang sangat awkward Omar pegang pensel. Bila mata pensel kena kertas langsung tiada tekanan.

Cikgu pun buatlah the next best thing. Cikgu terangkan macam mana hendak pegang pensel. Cikgu masukkan pensel dalam genggamannya dan turut menulis bersama-sama. Dua tiga kejap, genggamannya lari dan kembali kepada cara pegangan yang salah. Ha..mulalah dia bermalas-malas nak buat. Ok, en Google mesti ada cara, atau tip untuk bantu anak biasa pegang pensel. Cari punya cari, memang ada banyak. Tapi cikgu pilih ‘Teknik Setokin”. Sebab apa? Teknik ni memerlukan paling sedikit instructions kepada anak.

Macam ni;

1. Cari setokin lama (yang dah tak muat atau tak pakai). Kalau boleh yang getah masih elok. Jangan guna setokin bapak dia. Besor sangat.

2. Masukkan setokin ke tangan anak. Kenalpasti (agak-agak je) di mana ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.

3. Buat 2 lubang dengan gunting. Satu untuk ibu jari, satu untuk jari telunjuk dan jari hantu.

4. Pakaikan setokin pada tangan anak. Yang keluar hanya 3 jari. Jari manis dan jari kelingking automatik akan bergulung di dalam setokin.

5. Buatlah apa-apa cerita tentang setokin tu. Cerita cikgu macam ni:

” Ada sekor dinasaur ni, gigi dia ada 3 je tau (sambil angkat tangan anak yang ada setokin). Dia ni dinosaur pelik. Dia ni tak macam dinosaur lain, makan daging ke, daun ke. Dia makan batang kayu. Kalau ada batang kayu, dia gigit kuat-kuat, tak bagi lepas. Sambil-sambil cari batang kayu (baca pensel). Haaa….macam ni (tunjuk pensel). Kayu macam ni dia suka. Hulur pensel ke tangan anak.

“Ha! Gigit kuat-kuat tau! Jangan lepas!”

Lepas tu, cubalah beberapa latihan tracing. Hendak kata terus boleh tulis tu, memang tidaklah. Tetapi mood dia jadi lain sikit. Nak jugaklah menulis. Tekanan pun kuat sikit. Jari-jari dia susah nak kembali ke pegangan yang salah. Dapatlah buat beberapa latihan. Dapatlah juga siapkan homework. Masih belum mahir lagi. Bak kata orang putih, practice makes perfect. Lama-lama buat, plus doa, Insya Allah boleh. Ps: bolehlah cuba kalau mahu. Kalau tahu ada yang nak cuba, boleh share.

Sumber : Hajar Md Said

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×