Didik

5 Teknik Didik Anak Cara Mak ‘Malas’, Anak Jadi Lebih Bertanggungjawab!

323
SHARES

Ternyata bukan mudah untuk ibu bapa melalui proses mendidik anak-anak yang kian membesar. Pelbagai ragam dan telatah mereka perlu dihadapi oleh ibu bapa. Namun, penting juga untuk ibu bapa supaya tidak memanjakan anak-anak dengan tidak pernah melatih mereka untuk buat satu kerja rumah sekalipun.

Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa lain yang menganggap kita ‘malas’ dengan mengarah anak-anak membuat kerja, tetapi itulah caranya untuk menjadikan anak-anak lebih arif dalam perihal rumah dan lebih berdikari. Jadi, ibu ini kongsikan 5 tips didik anak cara mak ‘malas’ tetapi berkesan untuk membangunkan sifat sahsiah dalam diri anak-anak.

5 tips didik anak cara Mak ‘malas’

1. Sebelum tidur

Mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.

2. Anak makan

Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.

3. Anak main

Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga.

4. Anak mandi

Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.

5. Spring cleaning

Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”.

Nasiblah dapat Mak ‘malas’. Hakikatnya Mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak didik anak tentang tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli. Biar Mak ‘malas’ memetir sekarang daripada akan datang menyusahkan isteri, menyusahkan suami. “Mak ko tak ajar dari kecik ke?”.

Sumber: Syazwana Wana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×