Famili

Air Pasang Besar Dijangka Berlaku Di Selangor Pada 17-20 Oktober Ini, Utamakan Keselamatan Anda!

2
SHARES
AIR PASANG BESAR

Menerusi laman Facebook rasmi milik Majlis Bandaraya Shah Alam, pada 17 hingga 20 Oktober ini dijangka akan berlaku air pasang besar.

Pada 17 Oktober, dijangka paras air adalah 5.7 meter dengan ramalan hujan lebat pada waktu pagi. Di sebelah petang pula, dijangka ribut petir manakala pada waktu malam diramalkan hujan lebat serta ribut petir.

Baca juga: BAHAYA Pijak Batu Refleksologi Di Taman Kalau Tak Tahu Cara, Jangan Tersilap Langkah!

AIR PASANG BESAR DI SELANGOR DIJANGKA BERLAKU 17-20 OKTOBER

AIR PASANG BESAR

Pada 18 Oktober, paras air dijangka 5.8 meter dengan ramalan cuaca hujan lebat di sebelah pagi dan mendung pada waktu petang. Ramalan cuaca pada waktu malam pula adalah hujan di beberapa tempat.

Menerusi perkongsian itu, pada 19 Oktober, dijangka paras air adalah 5.7 meter dengan cuaca hujan dan ribut petir pada waktu pagi. Di sebelah petang dijangka mendung manakala pada waktu malam hujan di beberapa tempat.

Pada 20 Oktober, paras air dijangka 5.5 meter dengan ramalan cuaca hujan dan ribut petir di sebelah pagi. Pada waktu petang dijangka mendung dan malam, hujan di beberapa kawasan.

Berikutan air pasang besar yang dijangka berlaku pada 17 hingga 20 Oktober 2024, penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah persediaan menghadapi banjir.

Patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah ke pusat penempatan sementara yang telah disediakan.

Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam sila hubungi Bilik Gerakan PANTAS di talian 03 – 5510 5811.

Semoga bermanfaat dan utamakan keselamatan diri!

Baca juga: Harga Sayur Dijangka Naik 3 Kali Ganda Pada Bulan November & Disember

Sumber: Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×