Asuh

Adab Bangunkan Anak Dari Tidur, Barulah Anak Tak Terkejut!

23
SHARES

Tidur merupakan satu nikmat yang sangat menyenangkan dikurniakan oleh Pencipta kepada kita. Tidur yang cukup memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya kalau terlebih tidur.

Selalunya bila dah tidur memang susah nak bangun, nak pulak kejutkan anak-anak yang sedang lena dibuai mimpi. Nak pulak tengah hujan di luar memanglah liat jadinya. Mesti buat ibu rasa hangin satu badan kan? Bersabar wahai ibu!

Baca juga: Ibu Ini Kongsi 5 Resepi Sumber Makanan Yang Disebut Dalam Al-Quran Untuk Anak

ADAB-ADAB BANGUNKAN ANAK DARI TIDUR

Mari cuba cara-cara mengejutkan anak dari tidur ini, yang lebih sopan dikongsikan oleh Bahagian Dakwah Jakim, mana tahu anak anda akan mudah bangun.

Cara atau adab membangunkan anak yang tidur, anak yang masih bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa.

1. BERI SALAM KEPADA ANAK YANG SEDANG TIDUR.

– Biasakan memberi salam dengan suara yang lembut sebelum buka pintu bilik anak. Ini juga untuk menghormati privasi mereka.

2. SENTUH HUJUNG IBU JARI KAKINYA & GOYANGKANNYA PERLAHAN-LAHAN.

– Disarankan menyentuh ibu jari kaki dengan lembut supaya anak tidak bangun dalam keadaan terperanjat.

3. PANGGIL NAMANYA DENGAN LEMBUT & TERUSKAN MENGGOYANG KAKINYA.

– Jangan lupa gunakan intonasi suara yang lembut ya. Tidak perlu menjerit seperti tarzan.

4. KALAU MASIH BELUM BANGUN, KUATKAN SEDIKIT SUARA & GOYANG BADANNYA.

– Sambil goyangkan badan anak, kuatkan sedikit suara dalam tegas bukan menjerit tau.

5. TERUSKAN MEMANGGIL NAMANYA & PANGGILAH SAYANG, MANJA ATAU ANAK.

– Contohnya, “anak ku sayang bangunlah, sayang bangun sayang,” Barulah anak rasa sedap mendengarnya.

6. BANGUNKAN SAMBIL MEMUJINYA.

– Contohnya; bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

7. SETELAH ANAK BANGUN, USAP KEPALANYA SAMBIL BERUCAP DENGAN LEMBUT

– Agar anak mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

InsyaAllah, anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas kerana dibangunkan dengan penuh kasih sayang. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Bahagian Dakwah Jakim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×