40 Minggu

Ada 4 Kebaikan Pakai Seluar Legging Untuk Ibu Hamil

14
SHARES
4 kebaikkan legging hamil

Pemilihan seluar untuk wanita yang sedang hamil amatlah sukar kerana perubahan pada bentuk badan dan perut yang berlaku semasa sedang mengandung. Bukan itu sahaja, wanita yang sedang hamil juga mestilah ingin memakai seluar yang selesa bagi mereka untuk menjalankan kehidupan seharian kan?

Jadi tidak hairanlah pemilihan legging hamil menjadi pilihan wanita yang sedang mengandung. Hal ini dikatakan demikian kerana bentuknya yang fleksi dan selesa untuk dipakai. Bukan itu sahaja, tahukah anda yang memakai seluar legging juga ada kebaikkannya?

Baca juga: Buat Senaman ‘Kemut’ Ini Untuk Kuatkan Faraj, Baru Kuat Nak Bersalin!

4 KEBAIKKAN MEMAKAI SELUAR LEGGING HAMIL

Antara kebaikkan memakai seluar legging hamil adalah seperti yang berikut:

1. Memberi lebih keselesaan

Kebanyakan rekaan seluar legging hamil berkonsepkan untuk memberi keselesaan dari awal kehamilan sehinggalah setelah melahirkan anak, seluar legging hamil ini masih sesuai digunakan. Seluar legging yang terbaik adalah seluar yang boleh menampung regangan mengikut saiz pembesaran perut di setiap trimester.

Kenapa ianya penting untuk mama memilih seluar legging yang tidak mengetatkan di bahagian perut. Ini adalah kerana apabila mama menggunakan legging yang terlalu ketat secara tidak langsung boleh mengganggu perkembangan janin. Oleh itu, seluar legging yang dipakai haruslah benar-benar memberi keselesaan.

2. Ruang untuk bayi yang sedang membesar

15 Best Maternity Leggings (2022 Reviews) - MomLovesBestBayi, terutamanya selepas trimester pertama memerlukan ruang yang mencukupi, begitu juga dengan ‘baby bump’ yang semakin membesar. Seluar legging hamil direka secara khas di mana ia membolehkan bayi berehat di dalam rahim dan juga memberikan ibu sokongan yang diperlukan semasa tempoh genting ini.

Seluar legging hamil biasanya bergetah penuh di bahagian pinggang. Jadi, ianya mudah untuk ditarik hingga ke atas daripada perut. Dengan sokongan fabrik elastik dan menutupi perut sepenuhnya menjadikan postur badan lebih kelihatan kemas.

Mama juga tidak perlu risau jika fabriknya akan tertetas atau koyak kerana ianya memang direka untuk mengikut pembesaran perut anda pada setiap trimester!

3. Menggalakkan Fleksibiliti

Should You Wear Compression Leggings During Pregnancy? | Mom FilesPergerakan badan adalah sangat penting untuk ibu yang hamil, mereka perlu terus bergerak walaupun sedikit dan memastikan badan mereka aktif. Lagi-lagi jika mama ingin melakukan yoga pranatal yang mempunyai banyak faedah, jadi semua pergerakan badan ini memerlukan fabrik yang selesa yang membolehkan ibu menjadi fleksibel dan seluar legging hamil boleh membantu anda dari segi ini.

Seluar legging hamil kebiasaannya didatangkan bersama tab sisi atau hadapan yang boleh dilaraskan mengikut saiz perut. Biarpun semakin membesar mama tetap akan berasa selesa memakainya.

4. Pengudaraan yang baik

Seluruh badan mama akan mula berubah semasa mengandung. Jadi, mama perlu menyediakan ruang dan pengudaraan yang baik untuk badan anda supaya badan dan bayi di dalam perut boleh berehat. Pengudaraan yang baik datang apabila fabrik yang digunakan adalah berkualiti, sejuk dan lembut.

BAGAIMANA MEMILIH LEGGING HAMIL TERBAIK?

The 14 Best Maternity Leggings: Motherhood Maternity, Blanqui, Amazon, and More | GlamourSebagai pengguna kita mempunyai hak untuk memilih yang terbaik. Berikut adalah beberapa tips dalam memilih legging hamil:-

1. Fabrik

Faktor yang sangat penting dan menjadi keutamaan utama dalam pemilihan seluar legging hamil. Contohnya, fabrik jenis 100% kain kapas memang sangat selesa, tetapi lama-kelamaan setelah mengguna berkali-kali ianya boleh meregang teruk sehingga menyebabkan fabrik menjadi lebih nipis. Terdapat juga seluar legging yang diperbuat daripada bahan sintetik atau sebahagian sintetik. Jadi paling terbaik, mama disyorkan untuk memilih seluar legging yang menggunakan fabrik yang lembut, tahan lasak, mempunyai ciri elastik dan liputan yang terbaik.

2. Ketebalan

Ketebalan boleh mempengaruhi keselesaan ketika memakainya. Elakkan seluar legging hamil yang tebal yang mempunyai bulu kerana ini akan membuatkan mama akan sentiasa berasa rimas dan panas. Pilih seluar legging dengan ketebalan sederhana yang mana dapat memberikan mama rasa selesa dan sejuk pada waktu yang sama.

3. Panjang

Kepanjangan seluar legging adalah bergantung kepada penggayaan, persekitaran dan minat seseorang. Jika mama ingin memakai baju yang agak labuh dari lutut, legging panjang adalah yang terbaik. Sekiranya untuk dipakai ketika berada di rumah, berkemungkinan legging pendek sudah memadai.

4. Sokongan perut

Anda akan menjumpai legging hamil yang mempunyai panel perut yang terletak di atas pinggang anda serta ada juga yang mempunyai tali pinggang boleh laras yang terletak di bahagian pinggang (waistband) legging hamil tersebut untuk menyokong perut anda semasa ia membesar pada setiap trimester. Walaubagaimanapun, pilihan yang kedua itu adalah yang terbaik untuk kehamilan.

Sumber: Mama’s Choice

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×