“Gaji dah masuk! Kena pergi withdraw duit kejap..”
Ternyata musim COVID-19 masih belum selesai dan Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi berlangsung. Namun, mungkin ramai dalam kalangan kita yang akan berkunjung ke bank atau mesin ATM bagi membuat pengeluaran wang berbelanja. Penting untuk diingatkan bahawa penjagaan kebersihan tangan juga perlu dipraktikkan ketika anda berada di sana kerana kawasan ATM adalah kawasan yang banyak melibatkan sentuhan orang ramai terutamanya di mesin tersebut sendiri.
Jadi, persediaan awal perlu dilakukan supaya anda kekal tenang dan terhindar dari wabak berbahaya ini. Pastikan juga supaya anda amalkan social distance ketika beratur ya!
TIPS PENJAGAAN KETIKA BERADA DI ATM
Tips ini saya dapatkan whatsapp group. Terima kasih kerana berkongsi. Ini adalah tips ketika berada di ATM/CDM.Mudah dan selamat serta jimat.
1.Bungkus Hujung pen menggunakan Tisu / Tisu Basah.
2. Tekan butang & skrin guna pen yang dibungkus.
3. Setelah selesai, buang tisu yang digunakan.
4. Lap tangan menggunakan Tisu Basah kedua.
Begitulah…Covid-19 bukanlah merebak/berjangkit melalui udara, tapi lebih kepada sentuhan.
Sumber: Muhammad Zaipul