Bila sebut saja makanan barat, apa yang kita selalu bayangkan adalah chicken chop dan steak saja kan? Sebenarnya, lebih banyak lagi menu makanan barat yang boleh dijadikan menu makanan seharian anda. Bukan itu sahaja, menu barat ini juga sangat sesuai untuk dijadikan menu diet bagi anda yang nak berdiet tu. Sedap dan sihat!
5 RESIPI MAKANAN BARAT YANG SESUAI UNTUK ANDA NAK DIET
1. Ayam kacang panggang
Memang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu menu makan tengahari dan malam untuk anda yang nak diet tu. Makanan barat ini juga sangat mudah untuk dimasak dan yang paling penting ia merupakan makanan yang sihat. Selain itu, barulah boleh rasa ala-ala di London kan bila makan ayam kacang panggang ni.
Resipi ayam kacang panggang : http://myresipi.com/recipes/ayam-kacang-panggang
2. Ikan Dori panggang
Selain ikan salmon, ikan dory juga menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan menu barat. Isinya yang lembut dan sesuai untuk dimasak dengan pelbagai jenis masakan, apa kata anda panggang saja ikan dory ini. Diperahkan sedikit jus lemon sebagai pelengkap rasa, memang akan membangkitkan selera anda! Nanti yang nak diet tu tak jadi diet pula kan?
Resipi ikan dory panggang : http://myresipi.com/recipes/ikan-dori-panggang
3. Penne goreng
Penne merupakan salah satu jenis pasta yang kita selalu lihat di pasaraya. Selalu orang masak spageti goreng saja lama-lama bosan juga. Jadi, untuk kelainan apa kata anda cuba penne goreng dalam menu makanan anda. Anda juga boleh pelbagaikan isi di dalam penne goreng ini sama ada dengan seafood atau ayam. Nak kurangkan pedas pun boleh, jadi sesuai juga kanak-kanak nak makan.
Resipi Penne Goreng : http://myresipi.com/recipes/penne-goreng
4. Macaroni Bakar
Siapa yang tak pernah sukakan macaroni bakar ni? Macaroni bakar ini bukan sahaja sesuai untuk orang yang berdiet, malah sangat sesuai untuk dimasukkan dalam senarai menu untuk anak-anak. Kurang minyak dan rasanya yang ala-ala lasagna, memang akan membangkitkan selera anda juga! Lagipun, macaroni bakar ni makan sikit dah kenyang, memang sesuai la siapa nak diet tu.
Resipi Macaroni Bakar : http://myresipi.com/recipes/makaroni-bakar-b9be97de-81a2-4c1b-9d20-038f1c52a6d7
5. Nasi Paella
Hidangan Paella ini berasal dari negara Sepanyol. Memang kalau anda berkunjung ke negara tersebut, diman-mana sahaja anda boleh dapatkan menu ini. Namun, bagi anda yang masih belum berkesempatan untuk ke sana, apa kata cuba di rumah? Menu nasi paella ini anda boleh pelbagaikan dengan meletakkan seafood didalamnya untuk rasa yang lebih sedap!
Resipi Nasi Paella : http://myresipi.com/recipes/nasi-paella
Sumber: MyResipi.com