Dapur

Nafas Lapang Dan Banyak Tenaga. Petua Guna Bawang Putih Dan Madu Untuk Rawat Sakit Jantung?

184
SHARES

Dah banyak cara yang telah dicuba untuk mengurangkan atau merawat masalah sakit jantung tetapi masih sama. Kadang-kadang keliru juga sama ada sesuai atau tidak segala petua yang diberi kerana tahap sakit jantung setiap individu adalah berbeza. Sudah diketahui ramai bahawa superfood seperti bawang putih dan madu adalah amat bagus untuk perjalanan darah dalam badan dan merawat sakit jantung. Jom ikut resipi untuk buat ubat merawat sakit jantung menggunakan dua bahan ini!

www.youtube.com

PERKONGSIAN RESIPI UBAT JANTUNG

http://www.cynergycare.com/

Hari ni saya nak kongsi resepi ubat jantung gunakan superfood bawang putih yang bergolek kat dapur korang tu. Alhamdulilah lepas amalkan resepi ni nafas saya lapang dan takda nyut-nyut kat dada lepas tu tenaga pun bertambah takdala letih sangat. Memang betullah cakap Ustaz yang recommend ni , memula macam pelik tapi dah cuba ustaz ni cuma mintak tolong viralkan kalau berkesan biar dapat tolong ramai orang.

Resepi Ubat Jantung

3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu Royal Yemen

www.facebook.com/groups

Caranya

1. 3 ulas bawang putih tu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu Royal Yemen

2. Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, Insha Allah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh korang.

KELEBIHAN UBAT JANTUNG BAWAH PUTIH

Banyak kelebihan yang kita boleh dapat ni. Antaranya:

  • Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.
  • Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat di sebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
  • Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal
  • Merawat masalah cirit birit
  • Buang toksik dalam badan
  • Menambahkan daya ketahanan badan
  • Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis
  • Mencegah penyakit kanser
  • Mengurangkan sakit arthritis
  • Boleh menurunkan berat badan
  • Kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pon bagus amalkan petua ni.

www.facebook.com/groups

*Diharapkan perkongsian ini dapat membantu untuk mengubati penyakit anda walaupun tidak banyak, asalkan ada perubahan yang positif ya. Jom cuba!

Sumber: Abdullah Badar Bajrai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×