Euforia Bola 2026
Rakyat

Majikan Swasta Di Selangor Wajib Beri Cuti Berbayar Sempena Jubli Perak Sultan Selangor

sambutan jubli perak

Majikan sektor swasta di Selangor yang menetapkan 25 Oktober sebagai cuti peristiwa sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, perlu memberikan cuti berkenaan kepada pekerja sebagai hari kelepasan am berbayar.

Baca juga: Masih Bersemangat Pada Usia 102 Tahun, Warga Emas Ini Antara Yang TERTUA Tukar MyKad Baharu

CUTI PERISTIWA SAMBUTAN JUBLI PERAK SULTAN SELANGOR

SAMBUTAN JUBLI PERAK

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menerusi kenyataan memaklumkan, Cuti Peristiwa Negeri Selangor itu merupakan salah satu hari kelepasan am pilihan yang boleh dipilih oleh majikan sektor swasta di negeri berkenaan.

Sekiranya majikan memilih cuti tersebut, pekerja berhak menerima manfaat cuti berbayar berkenaan mengikut peruntukan Akta Kerja 1955.

“(Bagaimanapun) majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat pula hendaklah memberi hari kelepasan am gantian pada hari berikutnya, 26 Oktober 2026 (Isnin) sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955.

“Sebagai alternatif, majikan juga boleh menggantikan hari kelepasan am berbayar tersebut kepada hari lain dengan persetujuan pekerja seperti peruntukan di bawah Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955,” katanya.

JTKSM turut menjelaskan bahawa pengisytiharan cuti berkenaan dibuat berdasarkan Subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk menetapkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am di negeri masing-masing.

SAMBUTAN JUBLI PERAK

Sebelum ini, kerajaan Selangor mengumumkan 26 Oktober 2026 sebagai cuti gantian susulan tarikh kemuncak Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor yang berlangsung pada 25 Oktober, iaitu pada hari Ahad.

Sambutan tersebut diadakan bagi menandakan genap 25 tahun pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Sultan Selangor, dengan pelbagai acara dan istiadat utama dijadualkan berlangsung pada hari kemuncak sambutan itu.

Baca juga: Dulu Suka Buat ‘Konsert’ Dalam Bilik Air, Kini Nur Khayla Raih Top 5 Pentas Little Star Dengan 55,250 Undian!

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×