Euforia Bola 2026
Famili

Ejen Ali Sambut 10 Tahun Dengan Konsert Orkestra, Buat Peminat…Tiket ‘Early Bird’ Dah Dibuka!

EJEN ALI

Selepas sedekad mewarnai dunia animasi tempatan, Ejen Ali bakal meraikan ulang tahun ke-10 menerusi sebuah persembahan muzik istimewa yang menghimpunkan runut bunyi popular siri animasi tersebut dalam format orkestra.

Dikenali sebagai Ejen Ali In Concert, persembahan berkenaan akan berlangsung pada 28 dan 29 November 2026 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Baca juga: Rayuan Haji 1448H/2027M Dibuka Lebih Awal Mulai 2 Oktober, Ini Syarat & Cara Permohonan

KONSERT EJEN ALI BAKAL BERLANGSUNG

EJEN ALI

Francais animasi terbitan Wau Animation dan Primeworks Studios itu mula diperkenalkan pada 2016 dan sejak itu berjaya membina kelompok peminat daripada pelbagai peringkat usia.

Konsert ini bakal membawa muzik daripada dunia Ejen Ali ke pentas secara langsung dengan pimpinan Pengarah Muzik, Azri Yunus.

Beliau akan mengetuai persembahan bersama 41 ahli orkestra KL City Opera, selain menampilkan barisan penyanyi yang membawakan lagu-lagu berkaitan Ejen Ali.

Sebanyak 22 susunan muzik akan dipersembahkan sepanjang konsert, dengan gabungan bunyi orkestra dan elemen visual animasi bagi memberikan pengalaman yang berbeza kepada penonton.

Tidak hanya tertumpu kepada peminat kanak-kanak, penganjur turut menyediakan dua format persembahan bagi memenuhi keperluan penonton daripada pelbagai peringkat usia.

Ada sesi khas untuk seisi keluarga

Bagi keluarga yang mahu menikmati pengalaman bersama anak-anak, sesi Family Fun Day akan diadakan pada jam 11 pagi.

Sesi ini menampilkan lagu-lagu popular daripada Ejen Ali, selain aktiviti interaktif yang membolehkan penonton berhibur bersama watak Ejen Ali dan rakan-rakannya.

Pakej keluarga ditawarkan pada harga RM200 untuk empat tiket, merangkumi dua tiket dewasa dan dua tiket kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Tiket individu bagi sesi tersebut pula berharga RM69.

Bagi mereka yang mahukan persembahan lebih besar, Ejen Ali In Concert pada jam 8 malam akan menampilkan persembahan muzik secara penuh dengan iringan orkestra.

Antara nama yang bakal mengisi pentas termasuk penyanyi asal serta artis jemputan seperti Hael Husaini dan Ida Rahayu. Penganjur turut memaklumkan bahawa beberapa lagi nama akan diumumkan kemudian.

Harga tiket untuk persembahan malam bermula daripada RM119 bagi Kategori D dan seterusnya:

  • Kategori D – RM119
  • Kategori C – RM149
  • Kategori B – RM238
  • Kategori A – RM269
  • Premium – RM299
  • VIP – RM369

EJEN ALI

Tiket early bird sudah dijual

Peminat Ejen Ali yang mahu mendapatkan tiket lebih awal kini boleh merebut tiket Early Bird yang mula ditawarkan pada 24 September 2026 menerusi WOWTIX.

Menariknya, pembelian tiket sepanjang tempoh promosi turut memberikan peluang kepada peminat untuk mendapatkan cenderamata eksklusif edisi terhad.

Konsert ini bukan sekadar acara untuk menikmati lagu-lagu Ejen Ali secara langsung, sebaliknya menjadi sebahagian daripada sambutan sedekad perjalanan francais animasi tersebut bersama para peminatnya.

EJEN ALI

Gabungan muzik orkestra, animasi dan persembahan secara langsung dijangka memberikan pengalaman berbeza kepada penonton yang mahu menyaksikan dunia Ejen Ali di atas pentas.

Jadi, buat peminat yang sudah mengikuti perjalanan Ejen Ali sejak 2016, ini mungkin masa untuk mengimbau kembali detik-detik sepanjang sedekad menerusi persembahan muzik khas pada 28 dan 29 November nanti.

Baca juga: 70 Tahun Bersama, Dari Muda Hingga Usia Senja… Ini Kisah Cinta Tun Dr Siti Hasmah & Tun Dr Mahathir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×