Euforia Bola 2026
Famili

“Dia Okay, Sama-Sama Kita Doa”- Tun M Dimasukkan Ke IJN, Mokhzani Kongsi Keadaan Terkini Bapa

Tun Dr Mahathir

Selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi perhatian ramai apabila bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pemerhatian.

Baca juga: Ramai Sebak Lihat Foto Tun M Bersama 3 Petugas Kesihatan… Siapa Mereka? Identiti Akhirnya Terjawab

PERKEMBANGAN TERKINI TUN DR MAHATHIR DI IJN

Tun Dr Mahathir

Bagaimanapun, anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir memaklumkan keadaan bapanya ketika ini adalah baik dan tidak membimbangkan.

Menurut Mokhzani, keputusan membawa bapanya ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau menerima perhatian sewajarnya selepas melalui detik sukar susulan pemergian isteri yang dikasihi.

Tun Mahathir di IJN untuk pemerhatian selepas pemergian isteri

Menerusi laporan media, Mokhzani mengesahkan bapanya dimasukkan ke IJN sejak Selasa bagi menjalani pemerhatian pihak hospital.

Beliau turut menjelaskan bahawa dua hari sebelum itu merupakan tempoh yang sangat menekan buat bapanya.

“Beliau dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian. Dua hari lepas sangat menekan Tun M. Buat masa ini, beliau okey dan tidak dalam keadaan yang merisaukan,” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Sementara itu, pembantu Dr Mahathir, Adam Mohd Muhayeddin turut berkongsi perkembangan keadaan negarawan berkenaan menerusi Threads.

Menurut Adam, Dr Mahathir kini berada dalam pemantauan pihak hospital dan orang ramai diminta bersama-sama mendoakan kesihatannya.

“Seperti yang dilaporkan media, Tun sekarang berada di IJN untuk pemeriksaan malam semalam (Selasa).

“Sekarang dalam pantauan pihak hospital. Insha-Allah Tun akan berada dalam keadaan baik. Sama-sama kita doakan,” kongsinya.

Baca juga: Biodata Tun Dr. Hasmah, Doktor Wanita Melayu Terawal Yang Banyak Berjasa Kepada Negara

Tun Dr Mahathir

Gambar BERNAMA: Tun Mahathir kelihatan bersedih selepas jenazah Tun Siti Hasmah dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, semalam.

Tun Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun

Untuk rekod, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di IJN pada pagi 28 September lalu ketika berusia 100 tahun.

Jenazah beliau kemudian disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Negara.

Sebelum pemergian Allahyarham, Dr Mahathir dilaporkan berada di IJN bagi menemani isterinya sepanjang menerima rawatan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan tahun ini genap 70 tahun usia perkahwinan mereka. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tujuh orang anak.

Sumber: BERNAMA / Threads @amofficialmy

FT Image: BERNAMA / Threads @amofficialmy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×