Euforia Bola 2026
Famili

Polis Siasat Kes Ibu Tunggal Ditipu ‘Scammer’! Rugi RM1.2 Juta Gadai Emas & Duit KWSP

ibu tunggal

Seorang pengurus pelaburan yang juga ibu tunggal mengalami kerugian RM1.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan yang mendakwa dia terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan pecah amanah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat berkata, kejadian berlaku pada Julai lalu selepas mangsa menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pihak berkuasa.

Baca juga: Viral ‘Baby MAHA 2026’, Si Kecil Diberi Nama Ahmad Madani Terima Kunjungan Istimewa Mat Sabu!

IBU TUNGGAL RUGI 1.2 JUTA DITIPU SCAMMER

IBU TUNGGAL

Sekadar gambar hiasan

Mangsa kemudian dimaklumkan bahawa dirinya terbabit dengan kes jenayah dan diarahkan membuat bayaran tertentu bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

Terpedaya dengan dakwaan tersebut dan dalam keadaan ketakutan, mangsa mengambil keputusan untuk memenuhi arahan scammer tanpa memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

“Mangsa diminta membayar sejumlah wang bagi menyelesaikan kes berkenaan disebabkan terlalu takut, dia mengeluarkan semua wang simpanan, duit dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta menggadai barang kemas membabitkan jumlah keseluruhan bernilai RM1.2 juta.

“Pada masa sama, mangsa tidak memaklumkan kejadian kepada sesiapa dan hanya tampil membuat laporan polis dua minggu lalu iaitu dua bulan selepas kejadian,” jelasnya.

Mohd Yusuff berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.

Menurutnya, polis telah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penipuan berkenaan selepas menerima laporan daripada mangsa.

Dapatkan bantuan Bukit Aman

IBU TUNGGAL

Polis Kelantan turut mendapatkan bantuan Bukit Aman bagi mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Mohd Yusuff berkata, kes berkenaan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi melibatkan seorang individu bagi tahun ini.

“Kes ini boleh dikatakan jumlah kerugian paling tinggi membabitkan individu untuk tahun ini. Oleh itu, kita mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan diterima, sebaliknya merujuk kepada balai polis berhampiran,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah panik apabila menerima panggilan daripada individu yang mendakwa mereka mempunyai kaitan dengan pihak berkuasa atau kes jenayah.

Sebarang arahan untuk membuat bayaran bagi menyelesaikan sesuatu kes perlu disemak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Baca juga: “Anak Saya Tak Pernah Jadi Beban”– Najwa Latif Bersuara Selepas Warganet Pertikai & Body Shaming

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×