Euforia Bola 2026
Famili

Tular Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Sampai Lawan Arus, Rempuh 2 Kenderaan Dalam Kejadian Berasingan

remaja 14 tahun

Sebuah kereta yang dipandu remaja 14 tahun mencetuskan kekecohan selepas terbabit dalam dua kemalangan berasingan di Taman Chai Leng, Perai, Pulau Pinang, pada Selasa.

Lebih mengejutkan, kenderaan berkenaan dipercayai turut memasuki laluan sehala secara melawan arus sebelum merempuh sebuah lagi kereta yang sedang bergerak.

Baca juga: Sempat Mandi & Ambil Anak Sebelum Serah Diri, Lelaki Tik*m Isteri 13 Kali Hingga Maut!

REMAJA 14 TAHUN PANDU KERETA, REMPUH 2 KENDERAAN, LAWAN ARUS

remaja 14 tahun

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang remaja memandu sebuah kereta sehingga terbabit kemalangan, pada Selasa lalu.

Rempuh kereta parkir sebelum teruskan perjalanan

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.50 petang apabila remaja terbabit dipercayai memandu dari Lorong Kurau 23 menuju ke Jalan Kurau 1.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kereta berkenaan kemudian merempuh sebuah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.

“Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu remaja berusia 14 tahun dari Lorong Kurau 23 menuju ke Jalan Kurau 1, merempuh sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan.

“Remaja itu kemudian meneruskan perjalanan sebelum kenderaan dipandunya dipercayai memasuki laluan sehala secara melawan arus di Lebuh Kurau 5 dan merempuh sebuah lagi kereta yang sedang bergerak di laluan yang betul,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Baca juga: Nak Ambil Bola Yang Jatuh Dalam Longkang, Empat Kanak-Kanak Disahkan Meninggal Dunia

Tiga kenderaan rosak, tiada kecederaan

remaja 14 tahun

Gambar tular.

Menurut Nik Aminuddin, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.47 malam hari sama.

Polis turut mengesan rakaman video yang tular di media sosial, memaparkan insiden tersebut.

Kemalangan berkenaan menyebabkan kerosakan pada ketiga-tiga kenderaan yang terbabit. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan melibatkan mana-mana pihak.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dilapor membabitkan mana-mana pihak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Terdahulu, rakaman video yang tersebar di media sosial memaparkan seorang remaja memandu sebuah kereta secara berbahaya sebelum kenderaan itu akhirnya berjaya dihentikan oleh orang awam di lokasi kejadian.

Sumber: Buletin TV3

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×