Euforia Bola 2026
Famili

“Ingatkan Jatuh..” – Wanita Baring Tepi Jalan Buat Ramai Terkejut, Rupanya ‘Kurang Sihat’ Sejak Suami Tiada

tepi jalan

Tindakan seorang wanita yang dilihat terbaring di tepi jalan di Kampung Alai, Melaka, mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas seorang pengguna media sosial menyangka wanita berkenaan mengalami kecemasan.

Menerusi perkongsian Puterinadeera di laman media sosial, dia pada awalnya menyangka wanita tersebut benar-benar terjatuh atau mungkin mengalami sesuatu yang lebih serius sebelum menyedari keadaan sebenar.

Baca juga: “Cer Ambik Gambo” – Ucapan Sultan Perak Ketika Di MAHA Cuit Hati Rakyat, Pekat Betul Loghat Tuanku!

WANITA BARING TEPI JALAN, RUPANYA ‘KURANG SIHAT’ SEJAK SUAMI MENINGGAL

TEPI JALAN

“Allah, makcik ini memang betul-betul buat aku sakit jantung hari ini. Ingatkan dia betul-betul jatuh atau meninggal, rupanya dia tidak sihat. Sejak suaminya meninggal dunia, dia jadi seperti itu. Terbaring di tepi jalan kerana mahukan perhatian orang,” katanya.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di sekitar Kampung Alai dan dia sendiri berasa serba salah ketika melalui kawasan berkenaan.

“Jiran dia suruh aku elak. Masalahnya, aku ini risau hendak mengelak. Nanti tidak pasal-pasal aku terlanggar dia pula. Semoga makcik baik-baik sahaja,” jelasnya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian warganet yang mendakwa wanita berkenaan sudah lama menunjukkan tingkah laku sama.

Seorang pengguna media sosial, ainamalinasbri, mendakwa wanita tersebut tidak mempunyai anak dan pernah kehilangan seorang cucu lelaki.

“Dia tidak ada anak lagi. Cucu lelaki seorang sudah meninggal. Ada yang perempuan sahaja, tetapi sudah lama tidak nampak. Dia pernah baring dekat tepi jalan besar. Ketika itu suaminya masih hidup lagi. Dia memang suka buat macam itu,” ujarnya.

TEPI JALAN

Situasi berkenaan turut mengundang kebimbangan mengenai keselamatan wanita tersebut serta pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan sebenar wanita terbabit tidak dapat dipastikan berdasarkan perkongsian tersebut dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kesimpulan tanpa maklumat yang sahih.

Baca juga: “Tiga-Tiga Pergi Sekali” – Dua Beradik Ditemui Berpelukan Di Sisi Ibu, Maut Dalam Kebakaran Rumah

Sumber: Threads Puterinadeera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×