Euforia Bola 2026
Rakyat

Ramai Tak Tahu Waris Penerima STR 2026 Boleh Tuntut Khairat Kematian, Ini Syarat & Dokumen Perlu Ada!

Skim Khairat Kematian

Kalau selama ini hanya semak bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), mungkin sudah tiba masanya waris tahu tentang Skim Khairat Kematian (SKK) pula. Bagi penerima STR 2026 yang meninggal dunia, tuntutan boleh dibuat oleh waris yang memenuhi syarat ditetapkan.

Namun, bukan semua waris boleh terus membuat tuntutan. Ada hubungan kekeluargaan tertentu yang ditetapkan, selain beberapa dokumen penting perlu disediakan sebelum urusan tuntutan dibuat.

Baca juga: [TERKINI] Sudah Rasmi! Caruman LINDUNG 24 Jam PERKESO Tidak Lagi Wajib

SKIM KHAIRAT KEMATIAN STR 2026

Skim Khairat Kematian

Gambar portal rasmi STR

Waris penerima STR 2026 boleh buat tuntutan

Menurut maklumat yang dikongsikan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), waris kepada penerima yang layak menerima STR 2026 boleh membuat tuntutan di bawah SKK, tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Bagi penerima yang sudah berkahwin, keutamaan tuntutan diberikan sekiranya pasangan yang merupakan warganegara meninggal dunia dan pasangan berkenaan didaftarkan dalam permohonan STR 2026.

Tuntutan juga boleh dibuat oleh waris yang telah didaftarkan dalam permohonan STR 2026 sekiranya penerima dan pasangan tidak dapat hadir ke Bank Simpanan Nasional (BSN), bersama dokumen sokongan yang diperlukan.

Bagi kategori ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak serta memenuhi kriteria STR, tuntutan pula boleh dibuat oleh waris yang telah didaftarkan dalam permohonan STR 2026.

Perkara sama turut terpakai bagi penerima dalam kategori warga emas yang tidak mempunyai pasangan.

Baca juga: RM400 BUDI, PLKN Siri 4 & Banyak Lagi… Ini 10 Bantuan Kerajaan & Pengumuman Penting Setakat Minggu Ini!

Ini antara waris yang layak

Waris yang boleh membuat tuntutan SKK adalah terdiri daripada hubungan kekeluargaan tertentu, antaranya:

  1. Pasangan
  2. Ibu / Bapa
  3. Anak (terdiri daripada anak kandung, anak tiri, atau anak angkat)
  4. Adik-beradik
  5. Cucu

Bagaimanapun, kelayakan tersebut tetap tertakluk kepada syarat serta rekod waris yang ditetapkan dalam permohonan STR 2026.

Jadi, sekiranya ada ahli keluarga yang merupakan penerima STR 2026 dan telah meninggal dunia, waris sebaiknya menyemak terlebih dahulu status kelayakan sebelum membuat tuntutan.

Jangan lupa bawa dokumen diperlukan

Skim Khairat Kematian

Sekadar gambar hiasan: NSTP

Selain memastikan hubungan sebagai waris memenuhi syarat, dokumen yang diperlukan juga perlu disediakan bagi melancarkan urusan tuntutan.

Antara dokumen utama yang perlu dibawa ialah Sijil Kematian asal atau salinan rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta dokumen pengenalan diri asal waris.

Dokumen sokongan tambahan juga mungkin diperlukan bergantung kepada keadaan atau kategori tuntutan.

Maklumat lanjut termasuk soalan lazim mengenai Skim Khairat Kematian boleh disemak melalui portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my sebelum waris hadir untuk membuat tuntutan.

Jadi, kalau mempunyai ahli keluarga yang merupakan penerima STR 2026 dan telah meninggal dunia, jangan terus anggap urusan bantuan tersebut terhenti begitu sahaja. Semak dahulu kelayakan waris dan dokumen yang diperlukan supaya tuntutan yang masih boleh dibuat tidak terlepas.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×