Euforia Bola 2026
Famili

Lahirkan Bayi Dalam Tandas, Pelajar 19 Tahun Tergamak Simpan May*t Bayi Dalam Loker Asrama!

loker asrama

Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun dipercayai melahirkan bayi lelaki di sebuah tandas asrama sebelum mayat bayi berkenaan disimpan dalam loker asrama di sebuah institusi pendidikan di Dungun, Terengganu.

Kejadian yang berlaku pada malam Rabu lalu itu terbongkar selepas pihak pengurusan sebuah masjid memaklumkan kepada pengurusan institusi berkenaan mengenai permintaan pelajar terbabit untuk mendapatkan bantuan menguruskan pengebumian bayi.

Baca juga: Helikopter Nak Terhempas, Kenapa Mangsa Tak Terjun? Bekas Juruterbang PDRM Jelaskan, Rupanya Ini Yang Berlaku…

MAYAT BAYI LELAKI DISEMBUNYIKAN DALAM LOKER ASRAMA

loker asrama

Gambar PDRM: Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi itu pada jam 10.48 malam semalam.

Siasatan awal mendapati pelajar terbabit dipercayai melahirkan bayi tersebut di tandas asrama sebelum membungkusnya dengan kain.

“Selepas melahirkan bayi meninggal dunia kemudian dia membungkusnya dengan kain sebelum memasukkannya ke dalam beg dan menyimpannya di dalam loker,” katanya ketika dihubungi media tempatan.

Baca juga: Apa Itu Sulfur Dioksida? Sana Sini Orang Kongsi Gas Gunung Anak Krakatau Masuk Atmosfera Malaysia, Ini Jawapan MetMalaysia!

loker asrama

Susulan laporan diterima, polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku.

Nik Ab Halim berkata, beberapa saksi berkaitan akan dipanggil untuk membantu siasatan, manakala pemeriksaan di tempat kejadian turut dijalankan dengan bantuan Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Polis juga sedang berusaha mengesan teman lelaki pelajar berkenaan bagi membantu siasatan kes.

“Polis juga akan mengesan teman lelaki pelajar terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Mayat bayi lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×