Euforia Bola 2026
Famili

May*t Bayi Perempuan Ditemui Di Kawasan Kebun, Rupanya Masih Hidup Ketika Dilahirkan!

MAYAT BAYI PEREMPUAN

Kes penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam di kawasan kebun di Dusun Kropoh, Desa Duren, Kecamatan Bandungan, Kabupaten Semarang, Indonesia, terbongkar selepas polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Baca juga: Seram! Cucu 2 Tahun Diserang 5 Ekor Anjing Liar, Nenek Menjerit Lihat Kepala & Muka Berlumuran Darah

MAYAT BAYI PEREMPUAN DITANAM DI KAWASAN KEBUN

MAYAT BAYI PEREMPUAN

Sekadar gambar hiasan

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 19 dan 17 tahun. Suspek lelaki dikenali sebagai WAP, 19, manakala teman wanitanya berusia 17 tahun.

Kasat Reskrim Polres Semarang, AKP Bodia Teja Lelana berkata, pasangan berkenaan ditahan di kawasan Bandungan, Semarang pada Jumaat, 4 September 2026.

Menurutnya, kedua-dua mereka mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih dan ditahan hasil tindakan Sat Reskrim Polres Semarang bersama Unit Reskrim Polsek Bandungan.

Siasatan mendapati suspek perempuan dipercayai melahirkan bayi tersebut secara rahsia pada 1 September 2026.

“Perempuan itu melahirkan secara diam-diam pada 1 September 2026. Kemudian dibawa oleh pasangannya untuk dikuburkan di area perkebunan pada 2 September 2026,” ujar Bodia.

Lebih mengejutkan, hasil pemeriksaan perubatan mendapati bayi berkenaan sebenarnya dilahirkan dalam keadaan hidup.

“Berdasarkan pemeriksaan tim medis Rumah Sakit Bhayangkara Semarang, bayi diketahui sempat lahir dalam keadaan hidup. Ditemukan indikasi kekerasan yang menjadi penyebab kematian,” katanya.

Sebelum ini, penemuan mayat bayi tersebut dilaporkan berlaku pada Khamis, 3 September 2026, kira-kira jam 3.30 petang.

Pekebun jumpa mayat

MAYAT BAYI PEREMPUAN

Sekadar gambar hiasan

Mayat bayi itu ditemui seorang penduduk, Gendro Susanto, 38, yang ketika itu berada di kawasan kebun untuk mencari rumput sebagai makanan ternakan.

Kapolsek Bandungan, Iptu Subedi berkata, lelaki berkenaan menyedari terdapat satu timbunan tanah yang kelihatan masih baharu ketika berada di kebun milik seorang penduduk.

Berasa curiga dengan keadaan tersebut, Gendro kemudian menggali timbunan tanah berkenaan sebelum menemukan mayat bayi yang telah ditanam.

Hasil pemeriksaan mendapati bayi berkenaan merupakan bayi perempuan dengan panjang kira-kira 49 sentimeter dan berat sekitar 3.4 kilogram.

Kes tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa susulan penemuan unsur kekerasan yang dipercayai menyebabkan kematian bayi berkenaan.

Baca juga: Cemas! 4 Beranak Termasuk Kanak-Kanak 9 Tahun Hilang Ketika Mendaki Gunung Trans Gerah

Sumber: Detik Jateng

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×