Euforia Bola 2026
Famili

Misteri Tengah Malam Dengar Bunyi Ketukan Pintu, Penduduk Alor Setar & Langgar Mula Risau…

ketuk pintu

Ketuk pintu pada lewat malam sememangnya boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa tidak sedap hati, apatah lagi apabila bunyi itu kedengaran kuat tetapi tiada sesiapa kelihatan di luar rumah.

Situasi misteri itu kini menjadi bualan penduduk di sekitar Alor Setar, Langgar dan beberapa kawasan berhampiran selepas mendakwa terdengar bunyi ketukan antara jam 11 malam hingga 2 pagi.

Baca juga: Dah 7.30 Malam Tapi Murid Masih Belum Diambil? Kecoh Isu Ibu Bapa Jemput Anak Lambat Di Sekolah, Ini Tindakan Guru

MISTERI BUNYI KETUK PINTU TENGAH MALAM DI ALOR SETAR & LANGGAR

Perkongsian mengenai kejadian itu turut mula menjadi perhatian di media sosial, khususnya di Threads, apabila beberapa pengguna mendakwa mengalami situasi sama pada waktu malam.

Antara kawasan yang disebut termasuk Taman Lelasari, Langgar dan Tanjung Musang. Seorang pengguna media sosial mendakwa rumahnya turut diketuk pada malam sebelumnya. Menurutnya, bunyi ketukan tersebut kedengaran kuat dan berlaku ketika tiada sesiapa kelihatan di luar rumah.

KETUK PINTU

Seorang lagi pengguna pula mendakwa terdengar ketukan kira-kira jam 12 tengah malam sebanyak tiga kali. Katanya, bunyi tersebut sangat kuat sehingga kedengaran seolah-olah seseorang sedang mengetuk pintu dalam keadaan marah.

Perkongsian berkenaan kemudiannya mencetuskan perbualan dalam kalangan penduduk yang tertanya-tanya sama ada mereka berdepan kejadian yang sama.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan punca sebenar bunyi ketukan yang didakwa berlaku di beberapa lokasi berkenaan.

Tiada pengesahan rasmi mengenai individu atau perkara yang menyebabkan bunyi tersebut, justeru dakwaan yang tersebar di media sosial masih tidak dapat disahkan.

Dalam masa sama, ada pengguna media sosial yang mengaitkan kejadian itu dengan unsur mistik, manakala sebahagian yang lain memilih untuk tidak membuat sebarang andaian.

KETUK PINTU

Penduduk dinasihatkan jangan terus buka pintu

Susulan cerita yang tular, orang ramai turut mengingatkan penduduk supaya lebih berhati-hati sekiranya terdengar ketukan pintu pada waktu lewat malam.

Antara nasihat yang diberikan adalah tidak terus membuka pintu sebelum mengetahui siapa yang berada di luar.

Penduduk juga disarankan memastikan pintu dan tingkap rumah berkunci serta menggunakan kamera keselamatan atau melihat melalui lubang intai jika ada.

Selain aspek keselamatan, ada juga yang mencadangkan supaya membaca doa dan mengamalkan bacaan yang dipercayai dapat memberikan ketenangan kepada penghuni rumah.

Buat masa ini, misteri bunyi ketukan tersebut masih menjadi persoalan dalam kalangan penduduk yang mendakwa mengalaminya.

Baca juga: Tular Video Pakcik Tua Ditolak Sampai Jatuh Sebab Usap Kepala Budak, Polis Siasat Lelaki 40 Tahun

Sumber: Threads Omey Fareeda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×