Peminat yang masih menunggu peluang mendapatkan Sambal Nyet Bilis boleh bersedia apabila Khairul Aming mengumumkan stok baharu sebanyak 150,000 botol akan dilancarkan pada Rabu, 19 Ogos.
Baca juga: Resepi Sambal Ikan Bilis Melahar Negeri Sembilan, Boleh Tahan 3 Bulan!
BELI SAMBAL NYET BILIS KA, MENANG RM10,000

Pengumuman itu dibuat menerusi Threads kira-kira 14 jam lalu, dengan jualan akan dibuka pada jam 8 malam menerusi sesi LIVE di akaun Shopee Khairulamingbrand.
Beliau turut meluahkan rasa berdebar menjelang hari tersebut kerana sebahagian pelanggan daripada jualan terdahulu mahu membuat pembelian semula.
“Nervous nak restock second batch ni sebab ramai yang beli first batch hari tu nak repeat order. Harap cukup la stock ni..jangan marah sayaaa,” tulisnya.
Jumlah 150,000 botol yang disediakan kali ini dijangka memberi lebih banyak peluang kepada peminat untuk mendapatkan produk berkenaan, terutama mereka yang tidak sempat membeli ketika pelancaran sebelumnya.
Selain mendapatkan stok sambal, pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai menerusi promosi yang diumumkan.
Lima pembeli terpantas yang membuat pembelian lima botol Sambal Nyet Bilis menggunakan ShopeePay berpeluang memenangi wang tunai RM10,000 seorang.
Bagaimanapun, penyertaan dan pemberian hadiah tersebut tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Baca juga: Resipi Sambal Bilis Petai Tempoyak, Menu Ini Bikin Kecur Liur!
Sebelum ini, lima pembeli ditawarkan percutian ke itali
Ganjaran istimewa buat pembeli bukan sesuatu yang baharu dalam kempen Sambal Nyet Bilis.
Ketika pelancaran pertama produk berkenaan pada awal Ogos, lima pembeli terpantas yang membeli lima botol ditawarkan peluang menikmati percutian ke Dolomites, Itali bersama Khairul Aming.
Lebih menarik, setiap pemenang turut dibenarkan membawa seorang plus one, dengan kos perjalanan ditaja sepenuhnya mengikut terma dan syarat.
Menurut laporan, percutian ke Dolomites itu dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026. Destinasi berkenaan dipilih selepas pemenang terdahulu pernah dibawa menikmati percutian ke New Zealand.
BUTIRAN RESTOCK:
- Tarikh: Rabu, 19 Ogos 2026
- Masa: 8 malam
- Jumlah: 150,000 botol
- Platform: Shopee
- LIVE: Akaun Shopee Khairulamingbrand
- Promosi: 5 pembeli terpantas berpeluang memenangi RM10,000 seorang
- Syarat: Membeli lima botol menggunakan ShopeePay, tertakluk kepada terma dan syarat

Baca juga: Resepi Lauk Pantang Bawang & Ikan Bilis Rangup Yang Enak, Sampai Sekeluarga Ketagih!
Sumber: Threads @khairulaming
FT Image: Threads @khairulaming
