Famili

Khairul Aming Umum Sistem Tempahan Baharu Rembayung! 20,000 Pelanggan Dah ‘Lock’ Untuk Sebulan

sistem tempahan rembayung

Sistem tempahan Rembayung kini diperbaharui apabila usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming memperkenalkan kaedah booking baharu menerusi kerjasama dengan aplikasi Grab.

Inisiatif ini diperkenalkan bagi memudahkan urusan pelanggan membuat tempahan selain mengurangkan masalah penjualan semula slot atau scalper yang sebelum ini berlaku.

Baca juga: Tular Video Lelaki Kasari Wanita Di Mall, Rupanya Bermula Kerana Wanita Tolak & Pukul Dua Kanak-Kanak?

KA PERKENAL SISTEM TEMPAHAN REMBAYUNG BAHARU

sistem tempahan rembayung

Sistem yang mula dibuka pada hari ini itu diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan meja selain menangani isu penjualan semula slot tempahan atau scalper yang sebelum ini menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.

Menerusi perkongsian Khairul Aming, terdapat beberapa perubahan baharu yang perlu diketahui pelanggan sebelum membuat tempahan.

Bagi pelanggan yang ingin berkunjung ke Rembayung, tempahan kini boleh dibuat terus melalui aplikasi Grab dengan mengikuti langkah berikut:

1. Buka aplikasi Grab

Buka aplikasi Grab dan pilih fungsi ‘Dine Out’. Kemudian, taip ‘Rembayung’ pada ruangan carian untuk mencari restoran berkenaan.

2. Masukkan jumlah tetamu

Seterusnya, masukkan bilangan tetamu yang akan hadir dengan mengasingkan jumlah orang dewasa dan kanak-kanak.

3. Pilih tarikh dan waktu 

Pilih tarikh serta waktu kunjungan berdasarkan slot yang dipaparkan dalam aplikasi.

4. Pilih kaedah pesanan

Pelanggan boleh memilih sama ada mahu makan di restoran (dine-in) atau membuat pesanan untuk dibungkus (takeaway).

5. Buat pembayaran deposit

Akhir sekali, pelanggan perlu membuat pembayaran deposit sebanyak RM10 bagi setiap individu untuk melengkapkan tempahan.

sistem tempahan rembayung

Satu akaun Grab, boleh satu tempahan dalam 2 minggu

Dalam usaha mengurangkan aktiviti penjualan semula slot tempahan, Khairul Aming turut menetapkan beberapa syarat baharu kepada pelanggan.

Antaranya, setiap pengguna Grab yang telah disahkan hanya dibenarkan membuat satu tempahan dalam tempoh dua minggu.

Selain itu, tempahan yang dibuat tidak boleh dipindah milik kepada individu lain bagi mengelakkan aktiviti penjualan semula slot.

Pelanggan juga diwajibkan membawa telefon bimbit yang digunakan ketika membuat tempahan untuk membuka aplikasi Grab sebelum dibenarkan masuk ke restoran.

Penggunaan tangkap layar (screenshot) sebagai bukti tempahan tidak akan diterima.

Pengenalan sistem baharu itu turut menerima reaksi positif daripada pengguna media sosial yang menyambut baik usaha memudahkan urusan tempahan.

Malah, terdapat pelanggan yang berkongsi kegembiraan selepas berjaya mendapatkan slot tempahan menerusi sistem tersebut.

” Tahniah! Yes boleh makan Rembayung now. Alhamdulillah dapat book tadi! System yang mudah,” komen warganet.

Khairul Aming berharap sistem tempahan baharu hasil kerjasama dengan Grab itu dapat mengurangkan masalah scalper dan memberikan pengalaman lebih baik kepada pelanggan yang ingin berkunjung ke Rembayung.

Baca juga: 4 Tahun Simpan Cili Kisar Terakhir Arwah Mak, Akhirnya Makan Sambil Menangis Kenang Memori Bersama…

Sumber: Khairul Aming

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×