Selepas sekian lama sibuk dengan urusan kerja dan perniagaan, personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming akhirnya meluangkan masa untuk membawa ibunya bercuti ke Kota London.
Menerusi perkongsian di media sosial, Khairul Aming memaklumkan dia mengambil keputusan untuk mengosongkan jadual bagi memenuhi hasrat ibunya yang sudah lama mengajaknya bercuti.
GAMBAR DI KOTA LONDON, KA BAWA MAK BERCUTI

“Salam dari Kota London. Mak dah lama ajak bercuti tapi anak dia tak pernah nak rehat. Kali ini kita kosongkan calendar untuk bawa mak jalan-jalan Kemey cakap dia kena ikut sebab dia in charge baca Google Maps,” tulis Khairul Aming di media sosial.
Perkongsian tersebut turut memperlihatkan sisi peribadi Khairul Aming yang memilih untuk mengetepikan kesibukan seketika demi meluangkan masa bersama keluarga.
Dalam hantaran berkenaan, dia turut menyebut Kemey yang perlu ikut serta dalam percutian itu kerana bertanggungjawab membantu membaca Google Maps sepanjang berada di London.
Warganet tumpang gembira

Rata-rata warganet menyambut baik perkongsian tersebut dan mendoakan agar percutian Khairul Aming bersama ibunya menjadi kenangan yang bermakna.
Ada yang menyifatkan ibunya sebagai insan bertuah kerana dapat menikmati hasil kejayaan anak, selain mendoakan kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
“Saya paling bahagia di dunia akhirat. Tahniah auntie dah lahirkan seorang successful di dunia dan akhirat inshallah,” komen warganet.
Seorang lagi warganet pula menitipkan doa agar Khairul Aming terus diberikan rezeki untuk membahagiakan ibunya.
“Alhamdulillah, rezeki dapat bahagiakan & raikan mak. Sehebat mana pun perniagaan, senyuman seorang ibu itu berkat paling mahal. Enjoy your holiday bersama keluarga KA!,” tulis Harraz di ruangan komen.
Sumber: Threads Khairul Aming
