Euforia Bola 2026
Didik

Ustazah Arah 27 Murid Tak Hafal Asmaul Husna Cubit Sesama Sendiri, Ada Yang Kena Sampai 80 Kali!

lebam pada tubuh

Gagal menghafal Asmaul Husna membawa kepada hukuman yang mengejutkan, apabila 27 murid sekolah rendah di Indonesia, didakwa diarahkan mencubit sesama sendiri hingga meninggalkan kesan merah dan lebam pada tubuh.

Baca juga: Tampar Pelajar 4 Kali Dari Belakang Hingga Pendengaran Terjejas, Guru Diarah Bayar Ganti Rugi RM88,069

LEBAM PADA TUBUH 27 MURID, ANGKARA TAK HAFAL ASMAUL HUSNA

lebam pada tubuh

Ibu bapa terkejut lihat kesan merah dan lebam

Kejadian itu mula diketahui ibu bapa selepas anak-anak mereka pulang dari sekolah dengan kesan merah serta lebam pada beberapa bahagian tubuh.

Lebih mengejutkan, seorang murid mendakwa dirinya dicubit sehingga 80 kali selepas gagal menghafal bacaan Asmaul Husna seperti yang diarahkan.

Sebuah video yang memaparkan insiden berkenaan kemudian tersebar di media sosial, sekali gus mencetuskan perhatian ramai.

Berdasarkan laporan, murid yang tidak berjaya menghafal Asmaul Husna dikatakan diarahkan untuk mencubit rakan sekelas sebagai bentuk hukuman.

Seramai 27 murid dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Susulan perkara itu, satu sesi perbincangan antara guru berkenaan dan ibu bapa murid diadakan di Dewan Petempatan Sementara (Huntara), Garoga, Desa Napa, Batangtoru, pada Selasa lalu.

Guru Pendidikan Islam berkenaan dilaporkan mengakui kesilapannya selain memohon maaf di hadapan ibu bapa murid yang terlibat.

Namun, permohonan maaf tersebut tidak meredakan sepenuhnya keadaan apabila sebahagian ibu bapa dilaporkan mendesak agar guru terbabit meletakkan jawatan daripada sekolah berkenaan.

Baca juga: “Dik Nak Belajar Ke Melawa?”- Sampai Sebaldi Alat Solek Pelajar Dirampas Guru, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

lebam pada tubuh

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Tapanuli Selatan, Inspektor Bontor D. Sitorus, mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada ibu bapa murid.

Menurutnya, polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian tersebut. Bagaimanapun, sesi soal siasat terhadap saksi masih belum bermula dan kronologi penuh insiden itu belum dapat disahkan sepenuhnya.

Siasatan lanjut dijangka menentukan keadaan sebenar yang berlaku di dalam kelas serta tindakan yang diambil terhadap guru berkenaan.

Baca juga: Macam Siaran TV Betul! Pelajar SMK Derma Buat ‘Live Stream’ Bola Sepak Dengan Kelengkapan Penyiaran Taraf Profesional

Sumber: Kumparan / Kompas

FT Image: Tribunmedan.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×