Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna meluahkan rasa bangga dengan kewujudan taman permainan khas yang mesra OKU di Tasik Cempaka, Bangi.
Malah, perkongsian itu turut mendapat ribuan tontonan dan pelbagai komen positif daripada netizen yang berharap lebih banyak taman awam di Malaysia menyediakan kemudahan seperti ini.
Baca juga: Tergamak! Amang Seksual Murid Lelaki Prasekolah Berumur 8 Tahun, Guru Didakwa Di Mahkamah
TAMAN PERMAINAN KHAS MESRA OKU DI BANGI RAIH PUJIAN

Foto: Threads @karlroon1
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan berkongsi gambar beberapa permainan yang masing-masing dilengkapi dengan label “Khas Untuk OKU”.
Menurutnya, dia tidak pernah melihat taman permainan yang direka khas untuk kanak-kanak OKU sebelum ini dan menyifatkan inisiatif itu sebagai sesuatu yang sangat prihatin.
“Aku bangga gila jadi orang Bangi!!! Never in my life nampak taman permainan yang direka khas untuk OKU. Sangat mindful!!! I love Bangi”
Perkongsian itu sekali gus membuka mata ramai tentang kepentingan menyediakan ruang permainan yang boleh diakses oleh semua kanak-kanak tanpa mengira tahap keupayaan fizikal mereka.
Netizen Harap Lebih Banyak Taman Untuk OKU Dibina

Foto: Threads @karlroon1
Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji usaha pihak berkuasa menyediakan taman permainan inklusif seperti itu.
Ada yang berpendapat kemudahan sebegini wajar diperluaskan ke lebih banyak taman awam di seluruh negara kerana golongan OKU juga berhak menikmati pengalaman bermain dalam suasana yang selamat dan selesa.
Antara komen yang ditinggalkan ialah:
“Weh bagus giler ada playground macam ni, elok tambah lagi dekat taman awam. Kadang kita terlepas pandang playground untuk OKU.”
Seorang lagi pengguna turut berharap lebih banyak kemudahan serupa diwujudkan pada masa akan datang.
“Bagusnya. Moga lebih banyak lagi lepas ni.”
Dalam masa sama, ada juga yang memuji pembangunan mesra kanak-kanak di Bangi yang semakin berkembang.
“Bangi is truly evolving right now especially when it comes to kids facilities and safety. Have you seen the environment design around SKBBB2? Serious, it is the most pretty safety design I’ve seen.”
Kemudahan Inklusif Wajar Diperluaskan

Foto: Threads @karlroon1
Penyediaan taman permainan mesra OKU bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas untuk bermain dan bersosial, malah dapat memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan reka bentuk yang inklusif.
Semoga lebih banyak pihak berkuasa tempatan mengambil inspirasi daripada inisiatif ini agar setiap kanak-kanak dapat menikmati kemudahan rekreasi secara sama rata, tanpa mengira kemampuan fizikal mereka.
Baca juga: Berita Baik! 10GB Data Internet Percuma Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026!
Sumber: Threads @karlroon1
