Selepas lima hari dilahirkan, saringan air kencing mendapati seorang bayi positif dadah jenis amphetamine dan benzodiazepines di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.
Dua bahan terlarang itu dikesan ketika bayi berkenaan menjalani saringan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) pada 6 Ogos lalu.
Baca juga: Cemas! Belum Sempat Masuk Hospital, Wanita Bersalin Atas Motosikal.. Tali Pusat Masih Bersambung!
BAYI POSITIF DADAH, IBU DAKWA AMBIL UBAT PENENANG

Gambar hiasan.
Lebih mengejutkan, hasil siasatan awal mendapati bayi terbabit dipercayai terdedah kepada bahan berkenaan ketika masih berada dalam kandungan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azmir Damiri, ibu bayi berusia 30-an itu memberi keterangan bahawa dia mengambil ubat penenang tanpa kawalan doktor.
“Berdasarkan keterangan wanita berusia 30-an itu, dia mengambil ubat penenang tanpa kawalan doktor sehingga menyebabkan dirinya dan bayi positif dadah.
“Namun kita akan menjalankan siasatan lanjut dan bayi berkenaan masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemantauan,” katanya ketika dihubungi.
Baca juga: Ramai Ibu Simpan Idea & Kecur Air Liur, 11 Foto Menu Berpantang Amira Othman Dipuji Sedap & Seimbang

Gambar hiasan: onlyyouqj
Azmir berkata, polis tidak menahan wanita terbabit buat masa ini kerana dia baru sahaja bersalin.
Terdahulu, polis dilaporkan menjalankan siasatan selepas bayi perempuan berkenaan didapati positif amphetamine dan benzodiazepines dalam saringan air kencing.
Siasatan turut mendapati ibu bayi berkenaan positif benzodiazepines selepas menjalani ujian saringan air kencing.
Wanita terbabit yang tidak bekerja juga dilaporkan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes kini dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.
Baca juga: Padat Dengan Info Peribadi, Ibu-Ibu Hamil Diingatkan Untuk TIDAK Tunjuk Buku Pink Sesuka Hati!
