Euforia Bola 2026
Asuh

Dr Imelda Kongsi Cara Betul Cuci Kemaluan Bayi Perempuan Ketika Tukar Lampin, Jangan Terbalik ‘Step’

CUCI KEMALUAN BAYI PEREMPUAN

Cuci kemaluan bayi perempuan perlu dilakukan dengan cara yang betul bagi menjaga kebersihan si kecil dan membantu mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI), menurut perkongsian Dr Imelda Balchin di media sosialnya.

Menurut Dr Imelda Balchin, ibu bapa disarankan membersihkan kemaluan bayi perempuan dengan gerakan dari bahagian hadapan ke belakang.

Baca juga: Bayi 16 Bulan Meninggal Dunia Disyaki Didera Nenek Tiri, Polis Dedah PUNCA Kematian

CARA CUCI KEMALUAN BAYI PEREMPUAN DENGAN BETUL

CUCI KEMALUAN BAYI PEREMPUAN

Kredit: Magnific

Dr Imelda berkata, bahagian kemaluan bayi perempuan perlu dicuci bermula dari depan menuju ke arah belakang.

Dia turut mengingatkan supaya amalan tersebut diajar kepada anak perempuan sejak kecil agar mereka terbiasa mengamalkan cara kebersihan yang betul sehingga dewasa.

Menurutnya, cara membersihkan kemaluan yang betul amat penting khususnya dalam kalangan bayi dan kanak-kanak perempuan.

Amalan tersebut dapat membantu mengurangkan risiko urinary tract infection (UTI) atau jangkitan saluran kencing.

Dr Imelda turut menyarankan ibu bapa, terutama ibu yang mempunyai anak perempuan, supaya membiasakan amalan tersebut sejak kecil.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa kebersihan yang baik juga boleh membantu mengurangkan kehadiran bakteria GBS (Group B Streptococcus) di bahagian vagina.

Justeru, ibu bapa disarankan untuk mengambil perhatian terhadap cara membersihkan kemaluan anak ketika menukar lampin.

CUCI KEMALUAN BAYI PEREMPUAN

“Petua untuk ibu bapa, cara terbaik membersihkan baby girls bila tukar lampin. Cuci kemaluan bermula dari depan ke arah belakang, dari atas ke arah bawah, bukan sebaliknya.

“Ajar girls dari kecil sampai besar amalan ini, terutama ibu hamil, untuk mengurangkan risiko urinary tract infection (UTI) atau jangkitan bakteria di dalam air kencing.

“Ini juga mengurangkan kehadiran GBS di dalam vagina. Bakteria yang menyebabkan UTI dan GBS semua datangnya dari najis di dubur. Semoga ilmu ini bermanfaat,” jelasnya.

Perkara yang nampak kecil seperti arah mengelap atau mencuci sebenarnya penting bagi membantu menjaga kebersihan dan kesihatan bayi perempuan.

Baca juga: Zahirah MacWilson Tampil Manis Bertudung Ketika Bercuti Bersama Keluarga, Penampilan Raih Pujian Peminat

Sumber: Threads Dr Imelda Balchin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×