Selalunya bila nampak kod DuitNow QR di kaunter, mesti anda terus buka aplikasi perbankan untuk membuat pembayaran, betul tak?
Sebenarnya, selain bayar melalui aplikasi perbankan, anda juga boleh imbas mana-mana DuitNow QR menggunakan aplikasi ShopeePay. Kemudian, pilih sama ada nak bayar menggunakan ShopeePay Wallet atau SPayLater. Mudah kan?
Lebih menarik lagi, sepanjang bulan Merdeka ini, setiap transaksi datang dengan pelbagai ganjaran hebat. Antaranya nikmati 0% caj untuk ansuran bulanan selama 3 bulan apabila menggunakan SPayLater, baucar RM1, Shopee Coins tanpa had, diskaun 50% dan pelbagai lagi tawaran menarik.
Jika anda selalu imbas DuitNow QR untuk membuat pembayaran, rugi kalau tak gunakan peluang ini sebaiknya.
1. Beli sekarang, bayar dalam 3 bulan tanpa caj tambahan
Sebagai pelanggan, kadang-kadang kita memang perlukan sedikit fleksibiliti terutamanya bila nak beli barang yang nilainya agak tinggi seperti peralatan elektrik, kelengkapan rumah atau barangan keperluan lain.
Dengan SPayLater, anda hanya perlu imbas DuitNow QR di mana-mana premis dengan aplikasi ShopeePay dan pilih SPayLater sebagai kaedah pembayaran.
Jumlah pembelian itu kemudiannya boleh dibayar secara ansuran selama 3 bulan dengan caj 0%, sekali gus membantu anda mengurus bajet bulanan dengan lebih baik.

2. Setiap kali imbas kod QR, dapat Shopee Coins
Yang bestnya, setiap kali anda membuat pembayaran melalui DuitNow QR menggunakan ShopeePay Wallet atau SPayLater, anda akan menerima sehingga 10,000 Shopee Coins bagi setiap transaksi.
Shopee Coins terkumpul boleh digunakan bersama baucar ketika membuat pembayaran. Malah, anda juga boleh menebus sehingga 100% Shopee Coins untuk lebih penjimatan.
Makin kerap anda imbas, makin banyak ganjaran yang boleh dikumpulkan.

3. Baucar RM1 daripada jenama popular setiap Isnin
Bukan itu sahaja, pada setiap hari Isnin sepanjang kempen ini berlangsung anda boleh menuntut baucar RM1 menerusi kempen Mantap Monday Weekly Drop untuk digunakan di jenama-jenama popular seperti:
- MR. DIY
- KFC
- ZUS Coffee
- 7-Eleven
- BHPetrol
- Caltex dan banyak lagi
Cara nak claim baucar RM 1 ni pun mudah sangat, anda hanya perlu singgah ke bahagian Daily Deals dalam aplikasi ShopeePay dan tuntut baucar.
Lepas tu boleh la gunakan baucar tersebut ketika membuat pembayaran secara dalam talian atau di kedai melalui DuitNow QR dengan aplikasi ShopeePay.

4. Pengguna baharu terima bonus selamat datang bernilai RM100
Kalau masih belum menggunakan aplikasi ShopeePay, bulan ini mungkin masa yang sesuai anda mencubanya.
Pengguna baharu akan menerima pakej Bonus Selamat Datang bernilai RM100, merangkumi:
- 2 baucar 100% Shopee Coins Cashback (sehingga RM15) apabila imbas DuitNow QR.
- Tambah nilai prabayar RM20 dan terima 2,000 Shopee Coins.
- Beli pelan data RM30 dan nikmati 3,000 Shopee Coins.
- Bayar bil air RM20 dan dapat 2,000 Shopee Coins.
Semuanya adalah ganjaran yang boleh digunakan untuk urusan harian.

5. Diskaun 50% setiap hari
Selain promosi mingguan, ShopeePay turut menawarkan baucar diskaun 50% setiap hari.
Hanya buka bahagian Daily Deals dalam aplikasi dan tuntut baucar yang tersedia. Tawaran ini dikemas kini setiap hari, jadi siapa cepat dia dapat.
Antara baucar yang ditawarkan termasuk diskaun 50% untuk pembayaran melalui DuitNow QR menggunakan ShopeePay atau SPayLater, selain pembelian pelan data, tambah nilai telefon dan game e-PIN.

6. Hujung minggu ada baucar tambahan
Kalau anda memang merancang untuk membeli-belah pada hujung minggu, jangan lepaskan peluang menuntut baucar tambahan bernilai sehingga RM55 di bahagian Daily Deals.
Tawaran ini boleh ditebus setiap Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan Ogos dan digunakan apabila anda membuat pembayaran menggunakan SPayLater.

Banyak ganjaran dengan hanya sekali imbas
Kini, setiap kali anda scan DuitNow QR menggunakan aplikasi ShopeePay, bukan sekadar urusan pembayaran jadi lebih mudah, malah anda juga akan menikmati pelbagai ganjaran sepanjang bulan Merdeka.
Daripada 0% selama 3 bulan dengan SPayLater, Shopee Coins tanpa had, baucar RM1 hinggalah diskaun 50% setiap hari, setiap transaksi kini lebih berbaloi. Kalau dah biasa scan DuitNow QR, kali ini cuba pula dengan ShopeePay dan nikmati lebih banyak penjimatan.
