Bagi mereka yang ingin memelihara anjing, permohonan lesen anjing perlu dibuat terlebih dahulu bagi memastikan pemeliharaan haiwan peliharaan dilakukan mengikut undang-undang.
Lesen yang dikeluarkan adalah sah untuk tempoh satu tahun dan hanya meliputi seekor anjing bagi setiap lesen. Sekiranya seseorang memiliki lebih daripada seekor anjing, lesen perlu dipohon dan dibayar secara berasingan untuk setiap ekor.
Baca juga: Pelajar Umur 12 Tahun Meninggal Dunia Secara Mengejut, Mengadu Sakit Kepala Ketika Latihan Silat
CARA MOHON LESEN ANJING, SYARAT & BAYARAN

1. Rumah banglo, teres atau kilang
Bagi pemilik yang tinggal di rumah banglo, rumah teres atau premis kilang, permohonan boleh dibuat secara dalam talian. Selepas menghantar permohonan, sistem akan memaklumkan sama ada permohonan diluluskan atau ditolak secara automatik.
Sekiranya diluluskan, pemohon perlu:
- Mencetak bil pembayaran
- Membuat bayaran di mana-mana kaunter DBKL
- Menerima lencana anjing serta resit pembayaran
Jika permohonan ditolak, pemohon boleh mengemukakan rayuan yang akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja.
2. Apartmen, townhouse atau bangunan bertingkat
Bagi penghuni apartmen, townhouse atau bangunan bertingkat, permohonan juga dibuat secara dalam talian.
Namun, permohonan tersebut perlu disertakan dengan Surat Kebenaran Memelihara Anjing (Consent Letter) daripada Joint Management Body (JMB) atau Management Corporation (MC).
Permohonan akan diproses oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL dalam tempoh 14 hari bekerja.
Jika diluluskan, pemohon perlu mencetak bil, membuat pembayaran di kaunter DBKL dan mengambil lencana anjing bersama resit pembayaran.
Bayaran dikenakan untuk mohon

Kadar bayaran lesen bergantung kepada kategori yang ditetapkan oleh DBKL bagi setiap ekor anjing. Setiap lesen hanya sah untuk seekor anjing bagi tempoh satu tahun. Oleh itu, pemilik yang mempunyai beberapa ekor anjing perlu menjelaskan bayaran lesen bagi setiap ekor yang dipelihara.
Bayaran lesen anjing boleh dijelaskan di lokasi berikut:
– Kaunter Bayaran Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut
– Semua Kaunter Bayaran Pejabat Cawangan DBKL.
– Kaunter Bayaran Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.
Sekiranya permohonan lesen ditolak, pemohon masih boleh mengemukakan rayuan melalui Sistem Pengurusan Lesen Anjing.
Walau bagaimanapun, rayuan hanya dibenarkan sekali bagi setiap permohonan.
DBKL turut menetapkan beberapa baka anjing yang dilarang untuk dipelihara. Antara baka yang tidak dibenarkan ialah:
– Pit Bull Terrier, Pit Bull, American Pit Bull, American Pit Bull Terrier, American Staffordshire Terrier dan Staffordshire Bull Terrier
– American Bulldog
– Neapolitan Mastiff
– Japanese Tosa
– Akita
– Dogo Argentino
– Fila Brasileiro
Mengikut peraturan DBKL, tiada individu dibenarkan memiliki, memelihara atau menjaga mana-mana anjing tanpa lesen yang sah.
Walaupun mempunyai lesen, pemilik tetap bertanggungjawab memastikan anjing berada di bawah kawalan pada setiap masa apabila dibawa keluar dari premis.
Langkah ini penting bagi menjaga keselamatan orang awam, mengelakkan gangguan kepada penduduk serta memastikan pemeliharaan haiwan dilakukan secara bertanggungjawab.
Sumber: DBKL
