Euforia Bola 2026
Cantik

Kulit Sensitif? Ini 5 Pelembap Wajah Bebas Alkohol & Bahan Aktif Yang Patut Anda Cuba

Kulit wajah terasa pedih setiap kali menggunakan produk penjagaan wajah? Muka mudah menjadi merah, gatal dan kering walaupun hanya menukar pencuci muka?

Jika ya, anda mungkin memiliki kulit sensitif. Dalam keadaan ini, pemilihan pelembap wajah sangat penting. Sebolehnya, pilih pelembap wajah yang melembapkan kulit, dan dalam masa yang sama melindungi skin barrier daripada iritasi.

Bahan dalam pelembap wajah memainkan peranan penting. Pilih pelembap yang bebas alkohol dan tidak mengandungi bahan aktif yang kuat. Sebaiknya pilih pelembap dengan formulsi yang ringkas dan lembut kerana ia boleh mengurangkan kerengsaan kulit.

Jika anda sedang mencari pelembap yang sesuai, berikut lima pilihan yang boleh dipertimbangkan.

1. Cetaphil Moisturising Cream

Diakui oleh ramai ahli dermatologi, Cetaphil merupakan salah satu jenama OG yang memiliki rangkaian produk penjagaan kulit sensitif.

Salah satu produk best seller mereka adalah Krim Pelembap Cetaphil.

Krim pelembap ini diformulasikan untuk memberikan kelembapan berpanjangan tanpa menyebabkan rasa pedih atau berminyak pada kulit. Ia juga membantu menguatkan lapisan pelindung kulit supaya kulit kurang terdedah kepada iritasi akibat faktor luaran seperti pencemaran alam.

Teksturnya sedikit pekat tetapi mudah meresap, menjadikannya sesuai digunakan pada waktu siang mahupun malam.

2. CeraVe Moisturising Cream

CeraVe terkenal dengan kandungan tiga jenis ceramide yang membantu memulihkan dan mengekalkan fungsi skin barrier.

Selain itu, ia turut mengandungi Hyaluronic Acid yang membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari tanpa perlu bergantung kepada bahan aktif seperti retinol atau asid pengelupasan.

Pelembap ini juga bebas pewangi, menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang mudah mengalami iritasi.

3. Physiogel Daily Moisture Therapy Cream

Jika kulit anda mudah menjadi merah atau terasa tegang selepas mencuci muka, Physiogel boleh menjadi pilihan yang sesuai.

Formulasinya direka khas untuk membantu memulihkan lapisan pelindung kulit dan mengurangkan kehilangan kelembapan. Ia juga bebas pewangi, alkohol serta bahan yang boleh menyebabkan iritasi kepada sesetengah individu.

Ramai pengguna memilih Physiogel Daily Moisture Therapy Cream ketika kulit berada dalam keadaan sensitif atau selepas mengalami kerengsaan seperti sunburn.

4. Aestura Atobarrier 365 Cream

Jenama dari Korea Selatan ini semakin mendapat perhatian kerana formulanya yang memberi fokus kepada pembaikan skin barrier.

Aestura Atobarrier 365 Cream mengandungi ceramide yang dilepaskan secara berperingkat bagi membantu kulit kekal lembap untuk tempoh yang lebih lama.

Walaupun teksturnya agak kaya, ia tidak meninggalkan rasa melekit dan sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami kulit kering serta sensitif.

5. La Roche-Posay Toleriane Dermallergo Fluid

Bagi mereka yang mempunyai kulit sangat sensitif atau mudah mengalami reaksi terhadap produk penjagaan kulit, pelembap ini antara pilihan yang sering disyorkan.

Formulanya minimalis dengan jumlah bahan yang terhad bagi mengurangkan risiko iritasi. Teksturnya ringan, cepat menyerap dan sesuai digunakan setiap hari, termasuk sebelum memakai pelindung matahari atau solekan.

Apa yang perlu dielakkan jika kulit sensitif?

Selain memilih pelembap yang sesuai, anda juga disarankan mengelakkan penggunaan terlalu banyak produk dalam rutin penjagaan wajah.

Jika kulit sedang mengalami iritasi, hentikan sementara penggunaan bahan aktif seperti retinol, AHA, BHA atau vitamin C berkepekatan tinggi sehingga keadaan kulit kembali stabil.

Di samping itu, pilih produk yang bebas pewangi dan alkohol yang boleh mengeringkan kulit, serta lakukan ujian tampalan (patch test) sebelum mencuba produk baharu.

Kulit sensitif memerlukan penjagaan yang konsisten, bukannya rutin yang terlalu kompleks. Pelembap yang memberi fokus kepada penghidratan dan pembaikan skin barrier selalunya sudah memadai untuk memastikan kulit kekal sihat dan selesa.

Walaupun setiap produk memberi manfaat yang berbeza, perkara paling penting ialah memilih pelembap yang sesuai dengan keadaan kulit anda. Jika masalah iritasi berlarutan atau semakin teruk, dapatkan nasihat daripada pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan yang lebih tepat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×