Euforia Bola 2026
Percutian

Formula 1 Kembali Gegarkan Sepang! Permohonan Sukarelawan F1 2026 Kini Dibuka, Ada Elaun

f1 sepang

Selepas hampir sedekad, F1 Sepang 2026 bakal kembali pada 2 hingga 4 Oktober 2026. Berita ini bukan sahaja mengujakan peminat sukan permotoran, malah membuka peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman di sebalik penganjuran perlumbaan bertaraf dunia.

Baca juga: Bil Elektrik Tiba-Tiba Melambung? Ini 9 Peralatan Rumah Yang Sebenarnya Paling ‘Makan’ Elektrik!

PERMOHONAN SUKARELAWAN F1 SEPANG 2026 KINI DIBUKA

f1 sepang

Foto: ESPN

Bagi mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada pasukan di sebalik kejayaan acara ini, permohonan sukarelawan F1 Sepang 2026 kini dibuka.

Menerusi borang permohonan yang disediakan di laman rasmi Sepang International Circuit (SIC), individu yang berminat boleh mendaftar sebagai sukarelawan bagi membantu melancarkan perjalanan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Sukarelawan yang terpilih akan ditempatkan dalam pelbagai tugasan mengikut keperluan pihak penganjur sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Elaun RM60 Sehari & Makanan Disediakan

Antara manfaat yang bakal diterima oleh sukarelawan terpilih ialah:

  • Elaun sebanyak RM60 sehari
  • Makanan disediakan sepanjang tempoh bertugas
  • Peluang menyertai penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa
  • Pengalaman bekerja bersama pasukan profesional dalam industri sukan permotoran

Jadual bertugas pula akan ditentukan berdasarkan tugasan yang diberikan serta keperluan pihak penganjur.

Maklumat Yang Perlu Diisi

f1 sepang

Foto: SIC

Mereka yang ingin memohon perlu melengkapkan beberapa maklumat seperti:

  • Nama dan butiran peribadi
  • Alamat kediaman
  • Maklumat untuk dihubungi
  • Pengalaman terdahulu sebagai sukarelawan di SIC (jika ada)

Pemohon disarankan mengisi maklumat dengan lengkap bagi memudahkan proses pemilihan.

F1 Kembali Ke Malaysia Selepas Sembilan Tahun

Sebelum ini, Formula 1 dan FIA mengesahkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada 2 hingga 4 Oktober 2026.

Perlumbaan tersebut dijadualkan berlangsung di antara Grand Prix Azerbaijan dan Grand Prix Singapura dalam kalendar Formula 1 musim 2026, sekali gus menandakan kepulangan semula F1 ke Malaysia selepas kali terakhir dianjurkan pada tahun 2017.

Bagi peminat sukan permotoran yang ingin merasai pengalaman di sebalik tabir penganjuran perlumbaan Formula 1, peluang sebagai sukarelawan ini pastinya tidak wajar dilepaskan. Dengan elaun harian, makanan yang disediakan serta pengalaman berharga mengendalikan acara bertaraf dunia, ia merupakan peluang yang menarik untuk disertai.

Baca juga: Nak Balik Mengundi? Ini Jadual Tren Tambahan KTMB ETS Sempena PRN Negeri Sembilan, Cepat Beli!

Sumber: SIC dan Threads @eventxcrewnews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×