Euforia Bola 2026
Famili

“Bukankah Ianya Adalah P&C?”- Didakwa Yuran Sekolah Anak Tertunggak, Fattah Amin Tampil Bersuara Pertahan Diri

yuran sekolah

Pelakon terkenal, Fattah Amin tampil mempertahankan diri selepas sebuah akaun di Threads didakwa menyebarkan pelbagai tuduhan terhadapnya, termasuk dakwaan bahawa yuran sekolah anak perempuannya, Fatima, tertunggak.

Baca juga: Diejek Azan Tak Merdu, Pelajar Tahfiz Hilang Sabar…Cederakan Rakan Sampai Patah Tangan!

FATTAH AMIN PERSOAL DAKWAAN YURAN SEKOLAH ANAK TERTUNGGAK

yuran sekolah

Foto: Threads @musangberjanggutt

Sebelum ini, sebuah akaun Threads menggunakan nama Musang Berjanggut memuat naik hantaran yang menyindir Fattah selepas pelakon itu menerima perhatian kerana menghadiri majlis sekolah anaknya.

Dalam hantaran tersebut, akaun berkenaan mendakwa Fattah masih mempunyai tunggakan yuran persekolahan Fatima, selain mengeluarkan beberapa kenyataan lain yang menyentuh kehidupan peribadinya.

Bagaimanapun, Fattah menafikan dakwaan itu dan meminta individu terbabit mendapatkan pengesahan sendiri daripada pihak sekolah.

yuran sekolah

Foto: Threads @fattahaminz

Tentang yuran yang tertangguh, sila check dengan pihak sekolah Fatima sekarang tentang yuran tersebut, sebab nampak gaya awak seperti ada access tentang semua personal yang melibatkan saya dan bekas isteri.”

Persoal Bagaimana Maklumat Peribadi Boleh Diketahui

yuran sekolah

Foto: Threads @fattahaminz

Dalam masa sama, Fattah turut mempersoalkan bagaimana maklumat berkaitan urusan sekolah anaknya boleh diketahui oleh individu berkenaan.

Menurutnya, perkara seperti yuran persekolahan merupakan maklumat sulit yang hanya diketahui oleh pihak sekolah dan ibu bapa.

“Bukankah ianya adalah P&C di antara pihak sekolah dan parents?”

Kenyataan itu mencetuskan persoalan mengenai sumber maklumat yang digunakan oleh akaun berkenaan sehingga berani membuat dakwaan terbuka di media sosial.

Dalam hantaran sama, Fattah turut memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah lama membuat laporan terhadap akaun tersebut kepada PDRM  dan SKMM.

Menurutnya, akaun berkenaan didakwa sudah bertahun-tahun menyebarkan pelbagai fitnah terhadap dirinya, namun sehingga kini masih belum ada tindakan lanjut.

Mohon Orang Ramai Report Akaun Berkenaan

yuran sekolah

Foto: Threads @fattahaminz

Fattah juga menggesa orang ramai menggunakan fungsi report di platform Threads supaya akaun seperti itu tidak terus menyebarkan kandungan yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

Dia turut mengingatkan bahawa fitnah adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Setakat ini, individu yang mengendalikan akaun Threads berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan susulan selepas respon daripada Fattah Amin tersebut.

Baca juga: PU Salman Kongsi 3 Punca Rumah Jadi ‘Sarang Syaitan’, Ramai Tak Sedar Selalu Buat Tabiat Buruk Ini!

Sumber: Threads @fattahaminz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×