Euforia Bola 2026
Famili

Janin Bayi Gugur Disimpan Bertahun-Tahun, Jadi ‘Bahan’ Untuk Amalan Syirik Supaya Hajat Tercapai!

janin bayi

Satu perkongsian mengenai kisah janin bayi gugur yang dikatakan disimpan bertahun-tahun dalam sebuah rumah kuning menjadi perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Rizuan Itin berkongsi pengalamannya selepas dipanggil untuk membantu memusnahkan sebuah rumah kuning serta menguruskan janin tersebut.

Baca juga: Anak Belum Terima Vaksin Measles Rubella? KKM Sediakan Suntikan Percuma Sepanjang 2026, Semak Kelayakan Di SINI

JANIN BAYI GUGUR GUNA UNTUK AMALAN SYIRIK

JANIN BAYI

Menurut Rizuan, menerusi video yang dikongsikan, terdapat bayi yang dikatakan sudah berusia sekitar 14 tahun tidak dikebumikan sebaliknya diletakkan di dalam rumah kuning.

“Dalam video tersebut ada bayi yang sudah berumur 14tahun tidak dikebumikan dan diletak di dalam rumah rumah kuning,

“Bayi tersebut sudah kering, macam sotong kering, macam biasa saya ditelefon untuk memusnahkan rumah kuning dan mengatur bayi tersebut,” tulisnya.

Rizuan turut berkongsi pandangannya mengenai amalan berkenaan yang menurutnya sering dikaitkan dengan adat nenek moyang.

“Mereka sering beralasan dan berselindung dibalik adat nenek moyang, padahal itu bukan adat nenek moyang mereka, perkara itu direka reka oleh dukun bomoh,” katanya.

Tambahnya, janin anak gugur itu diletakkan di dalam rumah kuning sebelum disediakan pelbagai jenis jamuan seperti nasi kuning, telur, ayam, kuih dan air.

Dalam perkongsian bahagian kedua, Rizuan meminta orang ramai supaya membaca perkongsian tersebut dengan fikiran terbuka dan tidak terbawa-bawa dengan emosi.

NAMPAK KELIBAT SEPERTI BAYI…

JANIN BAYI

“Mari sama sama kita berlapang dada jangan emosi, kita sama sama buka fikiran, bayi gugur yang sudah 15 tahun tidak dikebumikan dijadikan tempat meminta hajat,” jelasnya.

Dia turut berkongsi mengenai beberapa kejadian aneh yang dikatakan berlaku di rumah tersebut, termasuk kelibat seperti bayangan bayi yang sering kelihatan di beberapa ruang rumah sehingga berlaku kejadian kerasukan.

“Dan yang paling menyeramkan lagi, di bilik tempat penyimpanan bayi gugur tu selalu di nampak bayangan baby, sekejap dibilik sekejap diruang tamu, sehinggalah berlakunya kerasukan dalam rumah,” tulisnya.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi warganet yang rata-rata terkejut dengan cerita yang dikongsikan.

Baca juga: Pelajar 16 Tahun & Bapa Dibelasah Rakan Di Hadapan Sekolah, Beberapa Individu Ditahan Polis

Sumber: Facebook Rizuan Itin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×