Euforia Bola 2026
Famili

Gara-Gara Berebut Telefon Bimbit, Remaja Didakwa Tekup Muka Adik Tiri 7 Tahun Sampai Maut

telefon bimbit

Perebutan telefon bimbit antara adik-beradik tiri bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemukan maut selepas dipercayai berlaku pertengkaran di rumah mereka.

Lebih menyayat hati, mangsa yang baru berusia tujuh tahun dipercayai dibunuh oleh kakak tirinya sendiri yang berusia 13 tahun sebelum mayat disembunyikan selama beberapa hari tanpa pengetahuan keluarga.

Baca juga: Tular Keluarga Anak Cerebral Palsy Disuruh Turun Pesawat, AirAsia Mohon Maaf & Perkenal SOP Baharu

BEREBUT TELEFON BIMBIT KANAK-KANAK MAUT DI TANGAN KAKAK TIRI 13 TAHUN

telefon bimbit

Gambar portal khaosod.co

Pergaduhan dipercayai berpunca daripada penggunaan telefon

Menurut siasatan polis, kedua-dua kanak-kanak perempuan itu dikatakan sering bertengkar dan mempunyai hubungan yang agak tegang sejak sekian lama.

Mereka dilaporkan mempunyai ibu yang sama namun berlainan bapa, selain kerap berebut menggunakan telefon bimbit di rumah.

Difahamkan, kejadian tragis itu berlaku pada petang 30 Mei lalu di sebuah rumah di daerah Sangkhla Buri, wilayah Kanchanaburi, Thailand apabila suspek dipercayai menekup muka adik tirinya sehingga lemas selepas tercetus pergaduhan.

Mayat mangsa kemudian dipercayai disembunyikan di dalam sebuah almari sebelum dipindahkan ke lokasi lain pada malam kejadian.

Baca juga: “Bila Nampak Polis Kami Kena Kejar…”– Anak Autisme Menangis Tak Dapat Salam, Tak Sangka PDRM Datang Rumah Buat Kejutan!

Bapa saudara remaja didakwa bantu sorok mayat

Menurut polis, adik lelaki kepada ibu mangsa yang berusia 17 tahun dipercayai membantu menyembunyikan mayat kanak-kanak terbabit kira-kira 600 meter dari rumah mereka.

Remaja itu turut dipercayai membakar guni yang digunakan untuk mengangkut mayat bagi menghapuskan bukti.

Ketua Polis Wilayah 7, Leftenan Jeneral Pisit Tanprasert berkata, ibu kepada kedua-dua kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan terkejut selepas mengetahui hasil siasatan berhubung kehilangan anaknya.

Sepanjang tempoh kehilangan mangsa, suspek berusia 13 tahun bersama bapa saudaranya dikatakan tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai kejadian sebenar.

Baca juga: “Dah Berdehem Tapi…” Tular Aksi Remaja Lelaki Didakwa Raba Teman Wanita Dalam Tren, Siap ‘Cover’ Pakai Beg Kertas!

telefon bimbit

Gambar portal Bangkok Post

Mangsa ditemukan beberapa hari kemudian

Mayat mangsa akhirnya ditemukan pada 1 Jun lalu di sebuah kawasan ladang getah selepas kehilangan kanak-kanak itu mula disiasat pihak berkuasa.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua-dua remaja terbabit kini menjadi suspek utama dalam kes berkenaan.

Pihak berkuasa turut menyediakan khidmat kaunseling kepada ibu mangsa yang dilaporkan mengalami tekanan emosi susulan tragedi tersebut.

Sumber: Bangkok Post

FT Image: khaosod.co

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×