Euforia Bola 2026
Dapur

‘Housemate’ Di Jordan Ajar Resipi Ayam Cuka Gula, Ambil Masa 12 Minit Je Masak Tapi Sedap Tak Terkata!

ayam masak cuka

Setiap orang pasti ada resipi ‘comfort food’ yang bukan sahaja mudah disediakan, malah mengingatkan kepada kenangan tertentu. Begitulah perkongsian daripada Ummu Uwais, yang memperkenalkan resepi ayam masak cuka ringkas dipelajari daripada rakan serumah ketika menuntut di Jordan.

Baca juga: Teknik Potong Kek Bulat Untuk Ramai Orang, Boleh Dapat 32 ‘Slice’ Sama Saiz & Tak Hancur!

RESEPI AYAM MASAK CUKA, HANYA 12 MINIT DAH SIAP

AYAM MASAK CUKA

Menurutnya, resipi ini menjadi kegemaran kerana cara penyediaannya yang sangat mudah, tidak memerlukan banyak bahan dan hasilnya pula cukup menyelerakan.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 2 batang serai (ditumbuk)
  • 4 sudu besar gula
  • 2 cawan cuka
  • Garam secukupnya
  • 2 biji cili padi merah (boleh tambah jika suka pedas)

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan semua bahan bersama ayam sehingga sebati.

2. Masukkan ke dalam pressure cooker dan masak selama kira-kira 12 minit.

3. Setelah siap, gaulkan semula ayam bersama lebihan kuah dan bahagian yang sedikit hangit hasil gabungan gula dan cuka untuk rasa yang lebih enak.

Bagi yang tidak mempunyai pressure cooker, resipi ini juga boleh dimasak menggunakan kuali non-stick. Namun, ayam perlu dibalikkan secara berkala bagi memastikan masakan sekata dan tidak hangus.

AYAM MASAK CUKA

Hasilnya adalah ayam yang lembut, masam manis dengan sedikit sentuhan pedas cukup membuka selera dan sesuai dinikmati bersama nasi panas.

Perkongsian ini jelas membuktikan bahawa hidangan yang sedap tidak semestinya rumit. Kadangkala, resipi paling ringkas itulah yang menjadi kegemaran ramai.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Sukatan Lengkap Spaghetti Carbonara Homemade Paling ‘Laku Keras’ Untuk Jamuan Raya, Sekejap Je Licin!

Sumber: Facebook Ummu Uwais

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×