Pengaktifan 30 lokasi smart lane di sepanjang lebuh raya PLUS sempena musim perayaan Krismas 2025 dan sambutan Tahun Baharu 2026 memberi fokus utama kepada kelancaran trafik, termasuk tiga lokasi penambahan baharu. Inisiatif ini diumumkan melalui infografik rasmi PLUS Malaysia.
Di mana, ia memaparkan senarai penuh laluan terlibat mengikut zon Utara, Tengah dan Selatan bagi membantu pengguna merancang perjalanan dengan lebih strategik.
Baca juga: Jiran ‘Report’ Terganggu Bau Masakan, Pihak Berkuasa Melaka Datang Ketuk Pintu Rumah Buat Siasatan!
SENARAI 30 LOKASI SMART LANE TERMASUK 3 PENAMBAHAN BARU
Berdasarkan info trafik tersebut, pengaktifan smart lane di 3 lokasi baru yang terdapat di zon Tengah ialah lebuh raya:
- Gopeng hingga Tapah
- Ebor (S) hingga Shah Alam
- Kawasan Rehat & Rawat Dengkil hingga Putrajaya
Sementara itu, PLUS Malaysia dalam hantarannya di Facebook berkata, tumpuan diberikan kepada peningkatan aliran trafik sepanjang tempoh percutian hujung tahun.
PLUS juga menjangkakan 2.2 juta kenderaan sehari direkodkan pada tarikh puncak yang melibatkan 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember 2025 serta 2 Januari 2026.
Keadaan ini berlaku seiring cuti persekolahan, sambutan Krismas dan kemasukan Tahun Baharu yang lazimnya meningkatkan pergerakan domestik.
Bagi memastikan kelancaran laluan, PLUS mengaktifkan Smart Lane di 30 lokasi berisiko kesesakan pada laluan kendaliannya. Tiga titik baharu ditanda untuk operasi tambahan bagi mengoptimumkan pergerakan musim ini dan meminimumkan kesan kesesakan mendadak.
Baca juga: Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2026 Dah Buka, Cepat Mohon Sebelum Tarikh Tutup!

Gambar Facebook PLUS Malaysia.
Langkah ini hadir selari dengan saranan PLUS agar pengguna merancang pergerakan berbantukan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA.
Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui aplikasi PLUS, Pembantu Maya PLUS – PUTRI, mengikuti aplikasi X @plustrafik, paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi terpilih, atau menerusi siaran stesen radio utama negara.
Dengan jangkaan aliran padat, sumber digital dianggap komponen penting dalam mengelakkan kesesakan bertumpu pada tempoh kritikal.
Sekiranya berlaku kecemasan, pengguna boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000. Kerjasama dan kesabaran anda amat kami hargai.
Kerjasama pengguna mengikuti arahan laluan, kesabaran ketika pemanduan serta perancangan awal perjalanan menjadi elemen penyokong bagi menjamin keselamatan semua pihak sepanjang musim cuti.
Selamat merancang perjalanan dan semoga anda tiba di destinasi dengan selamat.
Baca juga: MyKad, Sijil Lahir & Dokumen Rosak Akibat Banjir? Jangan Panik, JPN Umum Penggantian Secara Percuma!
Sumber: Facebook PLUS Malaysia
FT Image: PLUS Malaysia

