Sebanyak 32 smart lane diaktifkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan bagi melancarkan aliran trafik susulan peningkatan pergerakan kenderaan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, jumlah itu meningkat berbanding tahun lalu dan melibatkan laluan utama dari wilayah utara hingga selatan bagi menampung lonjakan trafik pada hari puncak.
Baca juga: 10 Kluster Tibi Baharu Dikesan Di Tujuh Negeri, Johor Catat Kes Tertinggi!
32 SMART LANE DIAKTIFKAN SEMPENA TAHUN BARU CINA

Gambar hiasan.
“Bagi Tahun Baharu Cina kali ini, kita telah menambah Smart Lane kepada 32 lokasi dari utara ke selatan, namun pengguna dinasihatkan supaya memandu dengan berhemah kerana Smart Lane menggunakan bahu jalan dan bukan bertujuan untuk pemanduan laju, sebaliknya bagi melegakan kesesakan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Jelajah Media PLUS di Restoran Jejantas Sungai Buloh.
Menurutnya, Smart Lane hanya akan dibuka apabila indikator khas dipaparkan termasuk lampu hijau berkelip yang menandakan laluan berkenaan boleh digunakan pengguna.
“Apabila Smart Lane dibuka, kapasiti jalan meningkat tetapi kelajuannya perlu dikurangkan kerana ia bukan seperti lorong biasa kerana ruang lebih sempit, jadi pemandu perlu lebih berhati-hati,” ujarnya.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi turut menjelaskan bahawa pengaktifan Smart Lane bergantung kepada keadaan trafik semasa.
“Apabila trafik semakin padat, pembukaan Smart Lane dapat meningkatkan kapasiti jalan sehingga sekitar 25 hingga 30 peratus, bergantung kepada lokasi, ia adalah solusi terakhir yang digunakan apabila kesesakan mencapai tahap tertentu,” jelasnya.
AGIHAN SMART LANE MENGIKUT WILAYAH
Daripada 32 lokasi keseluruhan:
- 19 lokasi di Wilayah Tengah
- 8 lokasi di Wilayah Selatan
- 5 lokasi di Wilayah Utara
Baca juga: [TERKINI] SARA RM100 Dah Masuk, Ini 15 Kategori & Jenama Produk Diluluskan MyKasih 2026

SENARAI 32 LOKASI LANE PLUS
1. Wilayah Utara (5 lokasi)
- Bertam hingga Sungai Dua (KM120.6–KM128.0 arah Selatan)
- Bukit Tambun hingga Plaza Tol Juru (KM150.4–KM146.4 arah Utara)
- Hentian Sebelah Sungai Bakap hingga Jawi (KM159.3–KM162.7 arah Selatan)
- Changkat Jering hingga Hentian Sebelah Taiping (Utara) (KM303.2–KM297.0 arah Utara)
- Ipoh Selatan hingga Simpang Pulai (KM279.8–KM286.7 arah Selatan)
2. Wilayah Tengah (19 lokasi)
- Gua Tempurung hingga Gopeng (KM303.2–KM297.0 arah Utara)
- Gopeng hingga Tapah (KM308.0–KM312.0 arah Selatan)
- Slim River hingga Sungkai (KM367.3–KM354.0 arah Selatan)
- Sungkai hingga Slim River (KM354.0–KM356.0 arah Selatan)
- R&R Rawang hingga Sungai Buaya (KM439.5–KM435.5 arah Utara)
- Hentian Sebelah Rawang hingga Rawang (KM437.1–KM443.3 arah Selatan)
- Bukit Beruntung hingga Sungai Buaya (KM429.0–KM434.0 arah Selatan)
- Setia Alam hingga Shah Alam (KM4.3–KM8.1 arah Utara)
- Shah Alam hingga Setia Alam (KM8.4–KM7.0 arah Selatan)
- Susur keluar Petron, NKVE hingga Subang (KM11.2–KM13.3 arah Utara)
- Nilai hingga R&R Seremban (KM280.0–KM276.0 arah Selatan)
- Putra Mahkota hingga Southville (KM289.4–KM292.6 arah Utara)
- Southville hingga Putra Mahkota (KM289.5–KM293.5 arah Selatan)
- Restoran Jejantas USJ hingga Seafield (KM8.2–KM5.4 arah Utara)
- Bandar Saujana Putra hingga Putra Heights (KM16.3–KM13.2 arah Utara)
- Putra Heights hingga Bandar Saujana Putra (KM13.8–KM15.7 arah Selatan)
- Lingkaran Putrajaya (KM P3.0–KM4.0 arah Timur)
- Ebor (S) hingga Shah Alam (KM4.6–KM4.0 arah Utara)
- R&R Dengkil hingga Putrajaya (KM22.9–KM21.0 arah Utara)
3. Wilayah Selatan (8 lokasi)
- Port Dickson hingga Seremban (KM259.6–KM263.1 arah Utara)
- Ayer Keroh hingga Hentian Sebelah Kampung Bemban (KM194.5–KM184.0 arah Selatan)
- Senai hingga Kulai (KM19.0–KM27.0 arah Utara)
- Dato’ Onn hingga Pasir Gudang (KM4.5–KM1.9 arah Selatan)
- Pandan hingga Kempas (KM0.4–KM6.0 arah Utara)
- Pedas Linggi hingga Senawang (KM244–KM248.5 arah Utara)
- Tangkak hingga Jasin (KM174–KM180.2 arah Utara)
- Simpang Ampat hingga Pedas Linggi (KM230.0–KM235.0 arah Utara)
PLUS turut menasihatkan pengguna supaya sentiasa mematuhi arahan papan tanda elektronik dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan teruk pada waktu puncak.
Selamat merancang perjalanan anda dan semoga tiba di destinasi dengan selamat.
Sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2026 ini, PLUS menyarankan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan lebih awal melalui MyPLUS-TTA dalam Aplikasi PLUS, khususnya hujung minggu ini. 🚗✨
Muat turun Aplikasi PLUS: https://t.co/eKIRgqYWvL
Selamat merancang perjalanan anda… pic.twitter.com/kxQ7nYgI3J
— PLUS Malaysia Berhad (@plus2u) February 9, 2026
Baca juga: Kadar Fidyah 2026 Lengkap Mengikut Negeri, Ini Cara Kira Yang Betul & Link Bayar Secara ‘Online’!
Sumber: Buletin TV3 / X – PLUS Malaysia Berhad
FT Image: Buletin TV3 / pvproductions
