Euforia Bola 2026
Rakyat

Seorang Kanak-Kanak Perempuan Berada Di Zon Merah, 2 Lelaki Ditahan Insiden Letupan Mercun Di Kulim

zon merah

Zon merah Hospital Kulim kini menjadi lokasi rawatan kepada lima mangsa yang tercedera dalam tragedi letupan mercun di Paya Besar, Kulim termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Mangsa kanak-kanak itu merupakan antara 22 orang awam yang cedera dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12.45 tengah malam Ahad, dipercayai akibat pembakaran mercun secara tidak terkawal sempena sambutan Deepavali.

Baca juga: Kuala Lumpur Bakal ‘Lockdown’ Penuh Minggu Depan, Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47!

5 MANGSA LETUPAN MERCUN DI ZON MERAH

zon merah

Gambar Sinar Harian

Menurut Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Saiful Ambar Abdullah Ambar, seorang mangsa yang parah telah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

“Susulan tragedi yang berlaku malam tadi, hari ini saya melawat mangsa. Ada lima yang masih menerima rawatan di zon merah termasuk seorang kanak-kanak perempuan, seorang wanita dan tiga lelaki.

“Setakat maklumat yang diterima ada 22 mangsa, kita akan cuba jejak mangsa-mangsa lain yang telah pulang selepas mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kulim pada Isnin.

Saiful Ambar turut menambah bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan ada mangsa lain yang mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan sendiri di klinik.

“Kita akan cuba bantu mangsa yang terlibat demi kebajikan mereka. Mengenai insiden berkenaan saya rasa sebaiknya tunggu laporan siasatan pihak berkuasa,” ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang mangsa, Nurzaina Ismail, 47, menceritakan detik cemas ketika dia bersama keluarga keluar melihat kemeriahan sambutan perayaan tersebut.

“Saya dengan keluarga masa kejadian berlaku, kemuncak sambutan mereka bakar mercun. Tiba-tiba selepas itu saya rasa sakit pada perut, rasa panas pada perut dan kaki, rupanya dah cedera.

“Kesannya saya tidak boleh berjalan dan anak saya terus hantar ke hospital. Tahun lepas pun saya pergi tengok sebab dekat dengan rumah, ini kali pertama kejadian macam ini berlaku,” katanya.

Seorang lagi mangsa, R Pasupathi, 74, turut terkena serpihan mercun ketika berada kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

“Saya berada di belakang kereta, terdengar bunyi meletup dan serpihan kena pada tangan saya, terus rasa sakit.

“Nak rasa kemeriahan raya, tapi bila kena macam ini rasa tak gembira sambut raya,” ujarnya.

Dalam kejadian yang disedari oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah itu, orang ramai dilihat berkumpul di tepi jalan bagi menyaksikan pertunjukan mercun sebelum letupan kuat berlaku dan mencetuskan kekecohan.

Baca juga: Kes Pelajar Rog*l Cetus Luahan Ramai Guru, Serik Nak Mendidik & Kini Pilih ‘Selamatkan Periuk Sendiri’

2 lelaki ditahan,  suspek pertama dalam keadaan mabuk dan pasang mercun terbalik

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Zulkifli Azizan, memaklumkan bahawa dua lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan insiden tersebut.

Menurutnya, suspek pertama berusia 34 tahun dari Kuala Lumpur dan bekerja sebagai khidmat pelanggan, manakala suspek kedua berusia 23 tahun dari Lunas, Kedah bekerja sebagai pembantu kedai.

“Ketika kejadian, suspek pertama dalam keadaan mabuk mendapatkan mercun jenis ‘kelapa’ di sebuah khemah pada harga RM200.

“Suspek kemudian membawa dan memasukkan mercun itu ke dalam silinder di tepi jalan, sebelum suspek kedua membakarnya. Namun, mercun tidak naik dan meletup di bawah, disyaki kerana dipasang secara terbalik akibat mabuk,” jelas beliau.

Kedua-dua suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengendalikan bahan letupan secara bebas kerana ia boleh mendatangkan risiko tinggi kepada keselamatan awam,

Baca juga: Bakal Mentua Batal Nikah Lepas Tahu Pemuda Ini Peniaga Pasar Malam, Siap Hina “Kerja Kau Tak Ada Pencen!”

Sumber: Sinar Harian / Malaysia Gazatte

FT Image: BERNAMA / Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×