Kerajang aluminium atau aluminum foil biasanya digunakan untuk membungkus makanan. Namun, tahukah anda bahawa kerajang aluminium juga mempunyai banyak fungsi lain yang mungkin anda tidak tahu?
Melalui perkongsian video di akaun Instagram @hae.anna_ , terdapat 5 trik mudah yang anda boleh manfaatkan dengan menggunakan kerajang aluminium sahaja.
Baca juga: Tips Simpan ‘Car Seat CRS’ Anak Berbulan Dalam Stor, Elok Je Tak Ada Kulat!
KERAJANG ALUMINIUM
1. Menajamkan gunting
![kerajang aluminium](https://media.siraplimau.com/2024/07/BeFunky-collage-59.jpg)
Gambar: Instagram @hae.anna_
Jangan buang bila gunting sudah tumpul. Hal ini kerana, kerajang aluminium boleh menajamkan kembali gunting seperti ia baru dibeli.
Caranya mudah sahaja:
- Ambil sekeping kerajang aluminium
- Lipatkan ia kepada bahagian kecil
- Kemudian, guntingkan aluminium tersebut di beberapa bahagian dengan menggunakan gunting tumpul tadi.
- Lakukan berulang-kali sehingga anda rasakan gunting telah tajam.
- Cuba gunting paket makanan untuk menguji ketajamannya.
Taraaa~ senang bukan!
2. Penyambung bateri
![kerajang aluminium](https://media.siraplimau.com/2024/07/BeFunky-collage-63.jpg)
Gambar: Instagram @hae.anna_
Bateri dalam alat kawalan jauh atau jam dinding sudah tidak berfungsi. Kemudian, anda hanya mempunyai saiz bateri yang kecil seperti AAA sahaja.
Gunakan kaedah ini:
- Ambil sedikit kerajang aluminium.
- Gumpalkan ia seperti sebiji bola yang kecil untuk memuatkan ia di dalam ruang bateri pada alat.
- Lalu, masukkan bateri AAA tadi di dalam ruang bateri di bahagian cas positif bersimbolkan +.
- Selitkan bebola aluminium foil di antara bateri AAA dan ruang bertanda cas negatif (-).
Baca juga: Letakkan Uncang BERAS Dalam Almari, Esok Pagi Jangan Pelik Ada Bau Harum!
3. Menutup paket makanan
![fungsi aluminium foil](https://media.siraplimau.com/2024/07/BeFunky-collage-62.jpg)
Gambar: Instagram @hae.anna_
Paket makanan yang telah dibuka kenalah ditutup rapi apabila tidak habis. Lebih-lebih lagi, kandungan di dalamnya boleh lemau seperti keropok atau kerepek.
Ada cara mudah menutupnya dengan menggunakan aluminium foil kalau tiada gelang getah!
- Ambil sekeping aluminium foil
- Lipatkan ia pada lubang paket makanan yang terbuka.
- Kemudian, gosok di atasnya menggunakan seterika wap untuk beberapa minit.
Siap! Jangan terkejut apabila paket makanan anda tertutup rapi seperti belum dibuka tau.
4. Mencuci barang perhiasan
![fungsi aluminium foil](https://media.siraplimau.com/2024/07/BeFunky-collage-61.jpg)
Gambar: Instagram @hae.anna_
Nak tahu tak, barang perhiasan daripada perak (silver) seperti anting-anting, rantai dan gelang yang kelihatan kusam boleh bersinar semula dengan menggunakan taktik ini. Sediakan:
- Aluminium foil
- Mangkuk
- Garam
- Air panas
- Barang perhiasan
- Balutkan mangkuk dengan aluminium foil.
- Masukkan barang perhiasan, garam dan air panas ke dalam mangkuk tersebut.
- Kacau sekejap dan biarkan ia selama 1 minit.
Baca juga: Bilik Mandi Penuh AIR BERTAKUNG? Guna Batang Ini Terus ‘Clear’, Selesai Masalah!
5. Penapis sisa makanan tidak cepat kotor
![fungsi aluminium foil](https://media.siraplimau.com/2024/07/BeFunky-collage-60.jpg)
Gambar: Instagram @hae.anna_
Ada satu trik menarik yang boleh dicuba pada penapis sisa makanan di sinki anda.
- Bulatkan aluminium foil seperti bentuk bola kecil.
- Letakkan ia di dalam penapis sinki.
Tunggu dan lihat semasa menggunakan sinki, penapis sisa makanan anda tidak cepat kotor.
Tonton video penuh di sini:
Baca juga: Guna Garam Je, Lubang Tandas Yang Tersumbat Terus Lancar!
Sumber: Instagram @hae.anna_
FT Image: @hae.anna_