Advertorial

Fazura Tegas Tentang Hal Pemakanan Fatima – ‘Fattah Pula Hanya Ikutkan Apa Yang Terbaik’

80
SHARES

Gelagat Fatima, si cilik kesayangan Fazura dan Fattah Amin pastinya sering mencuri perhatian umum. Ramai yang nak tahu akan perkembangan Fatima lagi-lagi apabila dia kian membesar dengan sihat.

Bila menjengah ke laman Instagram milik Fazura dan Fattah, memang geram sangat tengok Fatima semakin aktif dan bijak. Namun, Fazura sendiri mengakui bahawa tugas sebagai seorang ibu agak mencabar, tapi seronok dan memberi kepuasan kepadanya kerana dia ingin Fatima membesar menjadi anak yang soleha.

Fatima hanya guna gajet untuk tujuan pendidikan

Bercerita tentang hal peraturan di rumah, kata Fazura beliau sangat mengambil berat akan perkara tersebut sehingga dia hanya membenarkan Fatima untuk pegang gajet bagi tujuan bermain, dengar lagu-lagu didikan atau nursery rhyme dibawah pantauan dia dan suami.

“Hujung minggu pula hanya untuk Fatima sahaja. Kami akan bawa dia keluar ke taman atau ziarahi keluarga. Kami mahu Fatima seronok belajar perkara baru, berkawan, bergaul dan bermain dengan sepupu-sepupu kerana hari-hari biasa, dia hanya di rumah sahaja” tambahnya lagi.

Dari sudut akademik, Fazura menekankan beliau tidak hanya fokus pada perkembangan IQ sahaja. Beliau ingin mengimbangkan kedua-dua IQ dan EQ kerana anak-anak yang tinggi aspek IQ serta EQ akan mempunyai persahabatan yang bermakna dan menjadi insan berguna kepada masyarakat sekeliling serta berakhlak yang baik.

Fazura juga fokus untuk mendidik Fatima untuk memahami perasaannya sendiri, agar dia boleh meluahkan perasaan melalui perkataan berbanding meluahkannya melalui perbuatan.

Contohnya, dia meluahkan kemarahan atau kekecewaan secara lisan dan fikirkan cara untuk meredakan perasaan itu, berbanding membaling anak patungnya ke dinding. 

Ambil berat akan pemakanan dan pemilihan susu

Bila ditanya tentang siapa yang lebih berdisiplin dalam membesarkan Fatimah, Fazura mengakui beliau jenis yang lebih mengambil berat dalam kebanyakan perkara, terutamanya tentang pemakanan dan pemilihan susu buat Fatima sementara Fattah pula hanya ikutkan sahaja apa yang terbaik buat puteri mereka.

Ini kerana Fazura percaya selain luangkan masa berkualiti, nutrisi yang betul juga penting untuk tumbesaran kanak-kanak macam Fatima. Sebab itu beliau galakkan Fatima untuk minum Enfagrow A+. Ia mengandungi MFGM dan tahap DHA disyorkan oleh Pakar yang sangat membantu perkembangan IQ & EQ kanak-kanak.

“Faz sendiri kagum tengok perkembangan Fatima sekarang yang makin berkemahiran sosial. Contohnya, Fatima boleh memberi salam dan menyebut nama mama dan papa, pandai mengambil berat dengan memeluk mama serta sedara-mara. Semua perkembangan ini menunjukkan minda dan emosi Fatima berkembang pantas!”

Fazura gembira bergelar sebahagian keluarga Enfagrow A+

Alhamdulillah, Faz dan Fatima rasa sangat bersyukur dipilih menjadi duta Keluarga Enfagrow A+. Sebenarnya, Fatima memang sudah mula minum Enfagrow A+ sebelum dipilih menjadi duta lagi, kerana ianya adalah susu formula yang disyorkan oleh doktor dan ini adalah pilihan terbaik yang pernah kami buat.

Ujar Fazura, “sebagai ibu bapa mestilah kita mahu yang terbaik untuk anak-anak kita sendiri. Kita mahu pakej lengkap. Kita tak nak hilang satu bahagian. Malah kita sendiri yang memainkan peranan dalam melengkapkan kedua-duanya IQ serta EQ untuk membesarkan anak yang sihat, bijak dan baik!”

Anda boleh tonton bual bicara tersebut ni clip video di bawah:

Untuk ibu bapa yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang Enfagrow A+, anda boleh ke laman web rasmi Enfagrow di SINI atau layari laman Facebook dan Instagram rasmi mereka. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×