Terapi

“Bukan Pendiam Sangat Pun”-Ini 5 Fakta Orang ‘Introvert’ Ramai Tak Tahu

23
SHARES
introvert

Orang ramai sering beranggapan bahawa orang introvert ini adalah orang yang susah untuk bersosial. Padahal orang introvert bukanlah pendiam atau antisosial seperti mana yang selama ini orang fahami.

Namun janganlah salah sangka. Meskipun perilaku mereka sangat pasif, mereka juga memiliki sisi yang menarik. Seorang pengguna TikTok @Sayaizzyunus telah berkongsi fakta seorang “introvert” yang harus kita ketahui.

Baca juga: 5 Ciri Perbezaan Antara Orang Introvert Dan Extrovert. Kita Yang Mana?

5 FAKTA SEORANG “INTROVERT”

1. Bukan semua introvert pemalu dan pendiam

Ada sahaja introvert yang boleh berborak dan bersosial. Cumanya introvert selalunya lebih suka untuk menyendiri di dalam bilik berbanding dengan beramai-ramai.

2. Introvert pandai sahaja bercakap

Selalunya orang menganggap bahawa orang yang introvert ini tak pandai berborak. Padahal ramai sahaja penceramah awam yang hebat merupakan seorang introvert.

3. Introvert tidak suka akan berborak kosong

Kebanyakkan introvert akan hanya bercakap bila perlu. Jadi apabila lepak dengan rakan-rakan, introvert lebih cenderung untuk senyap dan hanya menyampuk apabila perlu sahaja.

fakta orang introvert4. Introvert merupakan pendengar yang baik.

Kalau anda ada masalah dan ingin rasa didengari, anda patut luahkan kepada rakan introvert anda. Ada sahaja yang ingin orang mendengar masalah mereka tanpa bagi sebarang solusi dan hanya ingin didengari. Jadi meluahkan kepada si introvert ini sangat membantu.

5. Kebanyakan “leader dan founder business” ini adalah orang introvert.

Antara orang introvert yang sangat berjaya adalah seperti Elon Musk (Tesla), Jeff Bezos (Amazon.com), Bill Gates (Microsoft) dan sebagainya.

Jadi ada sesetengah yang merasa anda introvert tu janganlah sedih. Banyak rupanya kelebihan yang anda sendiri tidak tahu!

Video penuh:

@sayaizzyunus

Siapa introvert hadirkan diri 🙋‍♂️

♬ original sound – Izz Yunus – Izz Yunus

Sumber: TikTok @Sayaizzyunus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×