Terapi

Cemas & Gelisah Berlebihan Punca Stres? Ini Cara Mengatasinya…

2
SHARES
cara mengatasi kegelisahan

Setiap orang pasti pernah merasa cemas dalam hidupnya. Rasa cemas dan khawatir adalah hal yang wajar kerana ini merupakan natural respons tubuh terhadap ancaman dari luar.

Namun, tanpa disadari, rasa cemas berlebihan harus kita ambil berat kerana mungkin ianya  menunjukkan tanda suatu penyakit gangguan mental tertentu yang perlu ditangani dengan segera.

Baca juga: Cara Mudah Nak Tingkatkan “Happy Hormone” Supaya Tak Selalu Stres

CEMAS & GELISAH BERLEBIHAN PUNCA STRES

This is what an anxiety attack looks likeCemas adalah suatu bentuk emosi yang biasanya diiringi dengan rasa tidak nyaman, takut, atau gelisah. Biasanya, seseorang merasa cemas ketika menghadapi sesuatu yang mengancam, menakutkan, atau tidak familiar.

Rasa cemas biasa akan muncul jika terdapat pemicu stres. Setelah berhasil melewati pemicu stres atau selesai menghadapinya, rasa cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya.

Namun, lain cerita jika rasa cemas yang dirasakan terlalu intens dan berlebihan atau muncul tanpa adanya pemicu yang jelas. Rasa cemas biasa akan mereda dalam waktu yang relatif singkat, cemas berlebihan sering kali bertahan terus-menerus, sulit dikendalikan, dan mengganggu kegiatan sehari-hari.

7 CARA MENGATASI & HILANGKAN KEGELISAHAN

Jika itu yang bermain di fikiran anda, usah risau. Ini kerana terdapat banyak cara mengatasi kegelisahan yang boleh anda lakukan.

Berikut disenaraikan 7 kaedah untuk anda cuba:

1. BersenamWorking Out Before Bed: Is It Good or Bad for Sleep?Melakukan aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk mengatasi rasa cemas dan juga tekanan yang anda alami. Ia mungkin kedengaran pelik, tetapi memberikan tekanan fizikal kepada badan melalui senaman boleh mengurangkan gangguan mental yang dihadapi.

Manfaatnya akan menjadi lebih kuat apabila dilakukan secara berkala. Malahan individu yang melakukan senaman secara kerap dikatakan kurang mengalami rasa cemas berbanding mereka yang tidak bersenam.

2. Hindari tabiat tidak sihatWhat are 'heat not burn' products and are they any safer than traditional cigarettes?Apa tabiat yang tidak sihat tetapi sering dilakukan? Antaranya pengambilan minuman beralkohol dan juga merokok. Jika anda memilih untuk meminum alkohol sebagai cara mengatasi kegelisahan, ia hanya dapat menghilangkan rasa cemas itu untuk tempoh sementara.

Lebih membimbangkan anda mungkin akan mengembangkan masalah kebergantungan kepada alkohol pula. Merokok adalah 1 pilihan biasa ketika berdepan tekanan, bukan? Tetapi sama seperti pengambilan alkohol, ia hanya akan memburukkan lagi kegelisahan yang anda alami dari masa ke masa.

Jadi mungkin sudah tiba masanya untuk anda mengurangkan tabiat tidak sihat anda ini bagi membantu mengawal masalah kegelisahan anda.

3. Nyalaan lilin aroma terapiHistory of candles in aromatherapy – ReneeScentsationzPenggunaan lilin dengan haruman aroma terapi dapat membantu mengurangkan tekanan dan kegelisahan. Kajian menunjukkan bahawa aroma terapi dapat memberikan manfaat seperti:

  • Membantu anda tidur
  • Membantu anda lebih tenang
  • Meningkatkan emosi
  • Mengurangkan denyutan jantung dan tekanan darah

4. Kurangkan pengambilan kafeinAre Coffee And Caffeine Making Your Anxiety Worse? | HuffPost LifeKafein boleh didapati dalam kopi, teh, coklat serta minuman tenaga. Pengambilannya secara berlebihan boleh meningkatkan rasa cemas dan gelisah.

Jika anda menyedari kafein membuatkan anda berasa gelisah, sebaiknya pertimbangkan untuk mengurangkan pengambilan jumlah kafein harian. Ini adalah cara mengatasi kegelisahan yang terbaik untuk anda cuba.

5. Luangkan masa bersama keluarga dan rakan yang anda senangi3 Types of Friends Everyone Should Have, According to a TherapistSokongan daripada keluarga dan rakan baik pastinya dapat membantu anda untuk mengatasi masa-masa yang sukar. Kajian menunjukkan wanita yang meluangkan masa dengan rakan dan anak-anak, akan menghasilkan hormon oxytocin, yang berfungsi untuk melegakan tekanan secara semula jadi.

Pastinya manfaat ini juga dapat dirasai oleh individu lelaki. Bersama ahli keluarga dan rakan-rakan bergelak ketawa juga dapat mengurangkan tekanan yang dilalui.

Ketawa membantu mengurangkan tindak balas tekanan dan memberikan ketenangan kepada otot. Untuk jangka masa panjang, ketawa dapat memperbaiki sistem imun dan emosi anda. Jadi cubalah untuk menonton rancangan televisyen yang lawak atau melayani keletah anak-anak, pastinya dapat membuatkan anda ketawa.

6. Pernafasan mendalam seperti yogaNatural Remedies for Anxiety: 10 IdeasTekanan kepada mental boleh mengaktifkan sistem saraf simpatetik anda. Ia akan memberikan isyarat kepada badan untuk berada dalam mood fight or flight – tindak balas melawan atau membiarkan sesuatu perkara itu berlalu.

Dalam tindak balas itu, hormon tekanan akan dilepaskan dan anda akan menghadapi simptom fizikal seperti denyutan jantung laju, pernafasan cepat dan saluran darah tersekat.

Melakukan pernafasan mendalam, yoga atau sebarang kaedah meditasi adalah cara mengatasi kegelisahan yang dapat membantu mengawal tindak balas ini. Tujuannya adalah untuk memperlahankan kembali denyutan dan pernafasan anda kepada normal. Apabila anda berada dalam keadaan normal, anda akan berasa lebih tenang.

7. Bermain bersama haiwan peliharaanHere's the Best Way to Pet a Cat, According to Science | Live ScienceAnda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing mahupun anjing? Itu bagus, kerana haiwan peliharaan juga dapat membantu mengurangkan tekanan dan memperbaiki emosi anda.

Berinteraksi dengan haiwan peliharaan boleh membantu penghasilan hormon oxytocin – bahan kimia dalam otak yang mempromosikan emosi positif. Mempunyai haiwan peliharaan dapat menjadikan anda lebih aktif dan boleh dianggap sebagai peneman ketika sunyi.

Terdapat pelbagai kaedah dan cara mengatasi kegelisahan serta tekanan yang boleh anda cuba lakukan.

Paling utama, sentiasa menjaga kesihatan diri dan belajar untuk seimbangkan antara kehidupan peribadi dan pekerjaan.

Sumber: HelloDoktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×