Terapi

5 Ciri Perbezaan Antara Orang Introvert Dan Extrovert. Kita Yang Mana?

70
SHARES
introvert extrovert

Terdapat banyak pandangan tentang konsep introvert dan extrovert dalam personaliti seseorang.

Antara mitos yang sering kita dengar ialah orang intovert biasanya bersikap pemalu, manakala orang ekstrovert bersikap lebih peramah.

Dari sudut psikologi, ia sebenarnya lebih kepada cara pemikiran seseorang yang membentuk peribadi mereka.

Kedua-dua personaliti ini tidak memiliki kelebihan atau kekurangan berbanding satu sama lain kerana ia bergantung kepada bagaimana seseorang menerima dan memaksimakan potensi diri.

Persoalannya, anda jatuh di kategori mana? Jom kita kenali ciri-ciri introvert dan extrovert dengan lebih dekat.

5 Ciri Utama Orang Introvert

Orang introvert sering mendapat reputasi yang tidak baik kerana biasa dianggap sebagai orang yang pemalu dan tidak sesuai untuk dijadikan ketua.

Namun, karakter ini sebenarnya tiada kena mengena dengan sikap introvert, malah golongan ini bijak membina semangat sendiri tanpa mengharapkan orang lain atau persekitarannya.

Kredit Foto : mashable.com

1. Sering Berfikir Masak-Masak Dulu Sebelum Buat Keputusan

Apabila orang introvert perlu membuat keputusan, mereka biasanya memerlukan masa yang agak lama sebelum mencapai kata putus. Ini akan membuatkan mereka lebih yakin dengan keputusan yang dibuat serta lebih bersemangat untuk bertindak kemudiannya.

2. Lebih Selesa Untuk Mengelak Konflik

Kajian mendapati orang introvert biasanya lebih sensitif bila berhadapan dengan respon yang negatif. Ini membuatkan mereka memilih untuk mengelak daripada situasi yang berisiko tinggi. Mereka juga lebih suka untuk refleksi diri berbanding berkongsi pendapat dengan orang secara terbuka.

3. Boleh Mengekspresikan Idea Dengan Lebih Kreatif

Memang benar kebanyakan orang introvert tidak selesa untuk menyuarakan idea secara terbuka dengan orang ramai. Oleh itu, mereka dilihat lebih kreatif untuk berkongsi ilham melalui medium lain seperti menulis, melukis atau muzik. Orang introvert juga lebih suka mengasingkan diri untuk berada dalam ‘dunia sendiri’ yang cukup unik. Melalui dunia inilah orang introvert boleh berimaginasi bagi mencipta idea yang di luar jangkaan.

4. Seorang Pendengar Yang Baik

Berbanding berinteraksi dengan orang, mereka lebih gemar untuk mendengar dan mengambil perhatian tentang apa yang berlaku di sekeliling. Mereka bukanlah pemalu, tetapi mereka lebih gemar mengamati persekitaran berbanding berinteraksi dengan orang. Dengan kebolehan untuk fokus pada persekitaran, mereka juga boleh sumbangkan idea secara bernas.

5. Orang Introvert Perlukan Masa Untuk Diri Sendiri

Apabila terlalu lama berhadapan dengan orang, orang introvert perlukan masa untuk ‘recharge’ diri. Ini bukanlah bermaksud mereka sering elakkan interaksi dengan orang lain. Sebaliknya, mereka lebih suka untuk berkongsi tenaga sosial yang dimiliki dengan kawan rapat sahaja. Orang introvert juga biasanya tidak nampak keperluan untuk memiliki banyak kawan, cukuplah beberapa kawan rapat yang mereka selesa untuk bergaul.

Kredit Foto : powerreviews.com

 

 

5 Ciri Utama Orang Extrovert

Bagi orang extrovert pula, mereka lebih cenderung untuk berasa lebih bertenaga dengan melibatkan diri dalam interaksi sosial dan persekitaran mereka.

Mereka juga lebih suka untuk melibatkan diri dalam kumpulan. Sikap yang terbuka menjadikan golongan ini sering terpilih untuk menjadi ketua.

Kredit Foto : thumbor.thedailymeal.com

1. Orang Extrovert Tidak Takut Untuk Mencuba Perkara Baru

Adakah anda seorang yang berani untuk cuba perkara baru, tak mudah gelabah bila tukar plan ‘last minute’? Jika ya, personaliti anda adalah lebih kepada extrovert!

Tanpa berfikir panjang, orang ekstrovert lebih memilih untuk bertindak dahulu dan tidak terlalu risau akan kemungkinan yang boleh berlaku.

Orang juga selalu mengganggap personaliti extrovert sebagai orang yang selalu bertindak mengikut gerak hati.

2. Lebih Mudah Untuk Ekspresi Diri

Orang berpesonaliti extrovert pula tiada masalah untuk berkongsi pendapat, atau isi hati tidak kira sama ada perkara kecil atau besar.

Kebolehan untuk berkomunikasi secara terus terang ini mungkin menyebabkan orang sekeliling berasa tidak selesa namun ia boleh menjadi ciri-ciri yang positif untuk orang extrovert.

3. Tidak Suka Bersendirian

Jika anda lebih suka untuk bertemu dengan orang bagi meredakan stres, kemungkinan besar anda ialah orang extrovert!

Ciri-ciri lain bagi extrovert ialah mereka mudah rasa tak keruan apabila terlalu lama berseorangan. Mereka sering mengelak daripada bersendirian dan suka bersama dengan orang pada kebanyakan masa.

4. Bersikap Lebih Optimistik

Orang extrovert juga sering dikaitkan dengan sikap optimistik.

Seperti orang lain, mereka juga akan terkesan jika perkara buruk berlaku. Bezanya, mereka lebih mudah kenalpasti sisi baik dalam apa-apa situasi sekali pun.

Mereka tidak berasa sedih terlalu lama dan mudah fokus untuk segera bangkit daripada situasi buruk.

5. Lebih Terbuka Untuk Berkawan

Sikap terbuka dalam bersosial memang cukup sinonim dengan orang extrovert.

Mereka biasanya mempunyai kawan yang lebih ramai serta mudah untuk bergaul dengan orang yang tidak dikenali. Namun ini tidak bermakna orang extrovert tiada kawan rapat.

Walaupun kawan-kawan ramai, orang extrovert pasti ada beberapa orang kegemaran yang dijadikan teman rapat.

introvert extrovert

Bagaimana Jika Anda ada Campuran Ciri-Ciri Introvert dan Extrovert? Kemungkinan Besar Anda Ialah Seorang Ambivert!

Jika anda boleh relate personaliti anda dengan kedua-dua personaliti introvert dan extrovert, anda mungkin bersikap ambrivert.

Mengikut keadaan, anda boleh menunjukkan sikap intovert atau extrovert pada satu-satu masa.

Ciri-Ciri Orang Ambivert

1. Boleh Menyesuaikan Diri Apabila Bersendirian atau Dengan Orang Ramai

Berbanding personaliti introvert dan extrovert, orang ambivert pula tiada masalah untuk bersendirian atau bersosial.

Mereka mudah menyesuaikan diri pada kedua-dua situasi.

2. Mendengar Secara Aktif

Orang ambivert juga mempunyai kebolehan untuk mendengar dengan lebih aktif. Seorang pendengar yang aktif akan lebih melibatkan diri dalam perbualan.

Berbanding hanya sekadar mendengar atau terlalu cepat memintas perbualan, orang ambrivert lebih cenderung untuk fokus mendengar supaya dapat memberikan respons dengan lebih baik.

3. Lebih Fleksibel dalam Menyelesaikan Masalah

Orang yang berpersonaliti ambrivert juga bersikap lebih bebas dalam menghadapi masalah.

Ada kalanya anda rasa selesa untuk mengemukakan idea secara lisan, ada kalanya lebih mudah untuk ekspresikan idea melalui nota atau penulisan.

Cara fleksibel ini amat baik bagi mengenalpasti sudut pandang yang baru dalam menyelesaikan masalah.

4. Lebih Cepat Buat Keputusan

Orang introvert akan mengambil masa yang lama untuk buat keputusan, orang extrovert pula lebih cenderung untuk bertindak dahulu tanpa berfikir panjang.

Bagi orang ambrivert pula, mereka biasanya akan bertindak selepas berfikir sejenak.

Informasi yang ringkas dalam suatu perkara sudah cukup bagi mereka untuk buat keputusan.

5. Bersikap Serba Boleh Dalam Kumpulan

Antara kebolehan yang dimiliki oleh orang ambrivert ialah mereka selalu menjadi penggerak kepada kumpulan. Disebabkan personalitinya yang lebih fleksibel, mereka selesa untuk bercakap bila diminta pendapat.

Pada masa yang sama, mereka juga beri ruang kepada ahli lain untuk kemukakan idea. Mereka juga cenderung untuk rajin bertanya dan memberi saranan bagi mencapai matlamat.

Sikap inilah yang menyebabkan orang ambrivert mudah bergaul dan disenangi dalam sebuah kumpulan rakan atau di tempat kerja.

Kredit Foto : lodgingmagazine.com

Setiap Kita Miliki Keunikan Tersendiri, Jadi Maksimakan Kebolehan Tersebut OK!

Realitinya, kita menggunakan kedua-dua sisi introvert dan extrovert bergantung kepada situasi kerana dalam soal personaliti, tiada yang benar dan tiada yang salah.

Kategori personaliti ini hanyalah digunakan bagi mencerminkan cara orang berinteraksi dengan persekitaran. Sentiasalah beringat yang personaliti kita inilah yang menjadikan kita unik dan berbeza daripada orang lain.

Apa yang penting ialah cara kita manfaatkan persekitaran dan kekuatan yang dimiliki untuk kelebihan sendiri. Semoga kita dapat melihat setiap perkara secara positif dan menemui hikmah di setiap situasi.

*Sumber rujukan:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×