Terapi

10 Alatan Harian Yang ‘Dibenci’ Orang Kidal. Serius Struggle Nak Guna!

10.8K
SHARES

First impression bila orang tahu kita kidal, kebanyakannya mesti orang akan rasa kagum.

Yelah, sebab orang kidal ni tak ramai. Jadi normallah orang akan anggap istimewa dan unik. Tapi sebenarnya orang kidal ni terpaksa lalui struggle tersendiri untuk membiasakan diri dengan peralatan harian yang dibuat untuk pengguna tangan kanan yang lebih dominan.

Nampal remeh kan? Tapi kalau fikir balik boleh stres juga dibuatnya, lebih-lebih lagi masa sekolah dulu.

Sempena Hari Kidal Sedunia atau International Left Handers Day 13 Ogos setiap tahun, kami nak senaraikan antara peralatan harian yang agak sukar digunakan oleh mereka yang kidal dan mungkin kebanyakan orang bertangan kanan takkan faham!

10 Peralatan Harian Yang ‘Dibenci’ Orang Kidal

1. Kerusi Dewan Kuliah

Memang fobia betul kalau dapat kerusi macam ni dekat dewan kuliah atau mana-mana event.

Bayangkanlah macam mana nak menulis kalau mejanya ada dekat sebelah kanan je. Lenguh tau bila tangan kiri terpaksa ‘diapungkan’ je bila menulis.

Belakang badan pun jangan cakaplah. Sengal, rasa tak selesa semua ada bila balik tu. Huhu.

2. Buku Spiral / Fail Binder

Dulu mesti ramai yang selalu kena buat folio guna benda ni kan? Susah kot nak menulis bila tangan dah tertindih dekat atas benda spiral tu.

So bila terpaksa jugak menulis dalam buku macam ni memang ke tengahlah tulisan tu jawabnya.

3. Pembuka Tin

Kadang-kadang tu berjam-jam dibuatnya nak buka tin makanan. Boleh fed up tu.

Bersyukur sangat bila kebanyakan pengeluar makanan dah buat tin yang boleh ditarik macam air minuman tu.

Tak payah nak terpintal tangan macam ni lagi!

Foto Kredit: diply.com

4. Gunting

Lagi satu ni guntinglah. Susah nak adjust sebab bahagian lubang ibu jari tu kita duk pakai untuk letak jari telunjuk dengan jari hantu.

Masa sekolah rendah dulu mungkin ok lagi sebab tangan still comel. So bolehlah muat dalam lubang yang kecil tu. Tapi susah jugak nak adjust sampai gunting pun senget-senget.

Setakat gunting sikit-sikit tak apalah tak lenguh sangat. Bila kena gunting banyak benda, perit jugaklah rasa jari tu…

5. Pembaris / Pita Ukur

Pembaris ni kalau guna macam biasa ok. Tapi problem tu bila nak guna ukuran dekat bahagian atas tu.

Haa… Boleh bersilang tangan jugaklah. Sama juga macam bila nak guna pita ukur.

Kena julur kepala sikit nak tengok ukuran sebab tertindih dengan tangan kiri yang memegangnya tu. Hehe.

6. Kerongsang

Bagi perempuan pulak, cabaran nak pasang kerongsang ni datang bila kita beli yang ada design ke atas.

Contohnya jenis kerongsang yang ada huruf / tulisan atau corak tertentu macam rama-rama. Takkan pulak nak bubuh sesungut tu ke bawah kan?

Foto Kredit: lelong.my

7. Gitar

Sesekali tu seronok tengok orang lain main gitar, kita pun rasa nak cuba.

Tapi kebanyakan gitar ialah untuk pengguna tangan kanan. Jadi awalnya akan rasa kekok sebab kita kena petik gitar guna tangan kanan.

Apapun jangan cepat mengalah sebab gitaris terkenal dan legend macam Man Kidal dan Kurt Cobain pun sebenarnya bertangan kiri tau.

Ada je yang custom made atau beli gitar special untuk orang kidal. Cuma harganya tu mahallah sikit…

8. Peralatan Sukan

Selain gitar, peralatan sukan tertentu pun agak sukar digunakan oleh mereka yang kidal, terutamanya masa first time mencuba.

Contohnya kayu golf, peralatan memanah atau bola bowling.

Tapi kebanyakan pemain sukan bertangan / berkaki kiri ni kebanyakannya memang hebat. Kan?

Foto Kredit:
ampp3d.mirror.co.uk

 

9. Pen ‘Bertali’ Dekat Bank / Pejabat

Pen ‘bertali’ ni pun salah satu punca stres bagi golongan kidal tau.

Bila nak guna, susah nak adjust kertas sebab talinya pendek sangat. Jadi ruang tu pun terhad untuk membolehkan kita menulis guna tangan sebelah kiri.

Lebih baik bawa pen sendiri kalau pergi tempat awam macam ni. Leceh!

Foto Kredit: inc.com

10. Mouse Komputer

Masa guna komputer awam dekat lab atau cyber cafe, kena adjust sikit sebab biasanya mouse ni akan diletak sebelah kanan.

Kalau tak biasa, masa click tu senang jadi left click.

Paling leceh bila nak click and drag kot.

Tapi bila dah selalu, ok je. Sebab kebanyakan orang kidal boleh berevolusi dan ramai juga yang akan pakai mouse dengan tangan kanan.

Jadi, inilah antara barang harian yang perlu diadaptasi oleh orang kidal sebab ia secara umumnya dibuat untuk pengguna tangan kanan.

13 Ogos, Hari Kidal Sedunia

Mungkin bagi orang tangan kanan mereka tak pernah perasan semua ni kan?

Tapi kalau difikirkan semula, mungkin cabaran inilah yang menjadikan orang kidal lebih kreatif. Yelah, sebab mereka kena fikir extra hard untuk dapatkan solusi menggunakan alatan-alatan harian macam contoh di atas ni.

Apa lagi barangan harian yang buat pengguna tangan kiri ‘fobia’? Jom kongsikan dengan kami.

Selamat Hari Kidal Sedunia!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×