Famili

Ayah Beli 5 Kipas, Jadi ‘Penyelamat’ Anak & Murid-Murid Panas Dalam Kelas Di Sekolah

314
SHARES

Ayah mana yang tidak sayangkan dan risaukan keadaan anaknya tambah pula kalau anak tersebut berada dalam ketidakselesaan atau kesusahan bukan? Di Petaling Jaya, viral di laman sosial media Tiktok apabila seorang ayah menjadi ‘penyelamat’ bukan sahaja kepada anaknya, malah murid-murid di sebuah sekolah. Penyelamat macam mana tu?

Baca juga: Nahas Bas Ekspres: Ayah Cari Anak Di Wad Kecemasan, Rupanya Di Bilik Mayat…

AYAH BELI 5 KIPAS, PENYELAMAT ANAK PANAS DI SEKOLAH

Tindakan ayah yang dikenali sebagai Hanafi Yahya menerusi akaun Tiktoknya memaparkan beliau membeli lima kipas untuk diletakkan di dalam kelas tersebut yang dikatakan panas serta tidak selesa.Tindakan prihatin itu dibuat bapa pelajar terbabit selepas anaknya mengadu berasa panas di dalam kelas berkenaan yang hanya mempunyai tiga kipas sahaja manakala satu daripadanya mengalami kerosakan.

Menerusi hantaran video tersebut, anaknya bernama Hariz yang belajar di Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak mengadu panas dan berasa kasihan terhadap kawan-kawan serta guru yang berasa tidak selesa.

“Selepas melihat keadaan kelas, memang panas kerana kipas yang ada tiga di tengah-tengah satu sedang rosak. Pelajar di tepi kelas tidak dapat merasa angin.

“Selepas panggil juruteknik, saya beli satu kipas siling dan empat kipas dinding, buat pendawaian siap-siap supaya kemas dan selamat. Semoga cikgu dan rakan Hariz selesa nanti,” tulisnya.

@drhanafiyahya

Kuturuti kehendak anak..cikgu & kawan Hariz panasnya… #kuturuti

♬ suara asli – Fajarr` – ₮

‘JARANG-JARANG BERLAKU’

Seperti biasa, sudah pasti ramai dalam kalangan warganet yang meninggalkan pelbagai komen di video tersebut. Ramai dalam kalangan warganet yang kagum dengan tindakan si ayah ini dan berpendapat bahawa perkara ini adalah jarang-jarang sekali berlaku. Semoga ibu bapa lain yang berkemampuan dapat mengikut jejak langkah ayah ini ya!

Sumber: Tiktok @drhanafiyahya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×